Waima Mat Sabu dan Mahfuz Omar tidak malu berkelulusan SPM untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen. Malah mereka kini sudah menjawat jawatan sebagai Menteri. CTS tertanya-tanya apakah motif calon PKR DUN Seri Setia untuk meletakkan CGPA 3.90 di poster calon.
Setakat diploma saja pun, itupun dalam bidang Pengurusan Professional. Entah ya entah tidak. Kedua, universiti yang menganugerah sijil diploma berkenaan tidak terkenal. Asian E-Universiti? Kalau carian di Google, Asia e university adalah. Baca di sini.
Kalau dilihat di dalam laman sesawang berkenaan, tiada program diploma. Hanya ada program Sarjana secara atas talian (online). Kita tidak mahu kelulusan calon ini dipertikaikan seperti kelulusan Menteri Besar Perak.
Terdahulu, tular di media sosial mendakwa nama Ahmad Faizal Azumu, Menteri Besar Perak tiada dalam senarai Universiti Edith Cowan, Perth Australia sebagai pemegang Ijazah Kajian Perniagaan.
Berlainan dengan calon lawan dari PAS, Dr Halimah Ali, beliau merupakan seorang doktor. Suaminya juga doktor. Mereka mempunyai 2 klinik persendirian di Klang. Malah kesemua 6 orang anak mereka adalah doktor! Ini satu keluarga yang hebat dan mantan EXCO Selangor ini paling layak sebagai ADUN Seri Setia.