Jika ini adalah satu penyalahgunaan kuasa maka pasti Pejabat Peguam Negara akan mendakwa Tommy Thomas kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai Peguam Negara untuk melantik firma guaman Tommy Thomas sebagai mewakili Kerajaan Pakatan Harapan dengan bayaran yuran guaman menggunakan wang Rakyat.
Bagi CTS, ini bukanlah satu penyalahgunaan kuasa oleh Tommy Thomas sebab bukan beliau yang melantik firma guaman Tommy Thomas untuk mewakili Kerajaan tetapi Pejabat Peguam Negara yang melantik. Pejabat Peguam Negara dengan Tommy Thomas adalah dua entiti berbeza. Kan lain ejaan dia tu.
Kalau benar sekalipun ada penyalahgunaan kuasa (saya yakin tidak), bagaimana dengan laporan polis yang dibuat oleh Rakyat? Laporan polis itu pastinya akan dibuka kertas siasatan dan pihak polis akan menyerahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuat pendakwaan ke atas Peguam Negara? Pakcik sudah keliru.
Hanya di negara Tomato Dua Butir.