Semenjak Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik di'troll' oleh netizen di sosial media berkaitan 'cerita kontot (certot)', beliau didapati gigih untuk memadamkan artikel-artikel beliau yang lalu di laman sosial Facebook. Ini kerana netizen amat suka mengusiknya dengan memuat naik kembali posting-posting lama beliau yang menghentam Kerajaan BN. Kini beliau adalah sebahagian daripada Menteri Kerajaan PH. Apa yang diungkapnya dahulu kini terkena di batang hidung sendiri.

