Muhammad Shamsul Abd Ghani
4 Ogos 2018
Mohd Zawawi meraih 15,427 dalam PKR di kerusi Dun Sungai Kandis.
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Calon BN Datuk Lokman Noor Adam mengucapkan tahniah kepada calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni susulan kemenangan PKR di kerusi Dun Sungai Kandis.
Namun, katanya, meskipun telah menang pada PRK berkenaan, PKR perlu menerima teguran rakyat.
"Tahniah kepada Ustaz Zawawi yang telah menang. Namun PH wajar menerima teguran rakyat apabila ramai memboikot PRK Sungai Kandis.
"Sehingga PH hanya berjaya mempertahankan 63.9 peratus undi yang mereka terima semasa PRU14, walaupun jumlah pengundi meningkat dari 50,800 kepada 52,650," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Zawawi Ahmad Mughni diumumkan memenangi kerusi Dun Sungai Kandis dengan majoriti 5,842 undi.
Mohd Zawawi memperoleh 15,427 undi menewaskan saingan dari BN, Datuk Lokman Noor Adam yang mendapat 9,585 undi dan calon Bebas, K Murthy hanya menerima 97 undi.
Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Kandis, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad sebentar tadi.
Sementara itu, peratusan keluar mengundi dicatatkan 49.4 peratus.
Dalam pada itu Lokman turut menghargai usaha semua jentera BN Kota Raja, BN Selangor dan yang turun dari seluruh negara.
"Tanpa kerja kuat sesedara, tidak mungkin kita dapat mengekalkan 83.2 peratus undi BN pada PRU14 lalu," katanya.
Related Posts :
[Video Annuar, Azmin saling menyindir " Dah 20 tahun, baru pagi ni nak sokong PD"] infomalay12.blogspot.comSelasa, 12 Mac 2019
KiniTV
Kehangatan Dewan Rakyat pagi ini dihangatkan dengan sindir menyindir di antara Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Ann… Read More...
[Video Tun M: Zaman Umno BN, Penjawat Awam pakai baju biru! Kah kah kah] Rusuhan kaum boleh berlaku jika isu perkauman dan fitnah terus dimainkan UMNO-Pas! Kes skandal Scorpene: K'jaan sedia hulur bantuan - Chin Tong infomalay12.blogspot.comSelasa, 12 Mac 2019
Otai BERSIH
Rusuhan Kaum Boleh Berlaku Jika Isu Perkauman Serta Fitnah Dimainkan Oleh UMNO-Pas.
Isu perkauman sering d… Read More...
[LIVE: Sidang Dewan Rakyat, Selasa 12 Mac 2019 (Petang)] infomalay12.blogspot.comSelasa, 12 Mac 2019
… Read More...
[Video YB BN berang! kerajaan lama salah, kerajaan lama salah] انا لله وانا اليه راجعون Ust Norazli Musa (rakan lama dalam perjuangan) Sudah2 lah minta tangguh! Macai dan walaun banyak kali tanya bila nak tangkap Najib. infomalay12.blogspot.comSelasa, 12 Mac 2019
Rakan lama dalam perjuangan menentang UMNO dulu telah meninggalkan dunia. Al-Fatihah..
Pakatan Harapan Supporters
Sud… Read More...
[Video Dewan kecoh! Pembangkang masih lagi berhujah macam 'mangkuk ayun'] KJ ajak UMNO-PAS tolak politik perkauman, jadi lebih inklusif & Adakah Khairy sebenarnya sedang cuba meng’DAP’kan UMNO dan PAS? infomalay12.blogspot.comSelasa, 12 Mac 2019
KJ ajak UMNO-PAS tolak politik perkauman, jadi lebih inklusif
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin … Read More...