Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bahawa harga barangan degil dan tidak mahu turun walaupun GST sudah tiada. Beliau memberi contoh gula tetap mahal walaupun GST sudah tiada. Menteri Kewangan mungkin terlupa titik perpuluhan kerana gula adalah barangan kawalan dan tidak dikenakan GST.
Lim Guan Eng berkata harga gula di pasaran dunia hanya RM1.40 sekilo tapi harga pasaran gula putih kasar di Malaysia adalah RM2.95 sekilo. Lim Guan Eng berkata harga gula pasir kasar di Malaysia boleh jadi lebih murah berbanding harga sekarang pada RM2.95 sekilo jika tiada monopoli perdagangan gula di Malaysia. Di Malaysia hanya ada dua syarikat pemprosesan gula, iaitu MSM dan CSR. MSM adalah milik FGV dan CSR adalah milik Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Lim Guan Eng berkata Kerajaan dalam masa terdekat akan mengumumkan harga baru gula selepas kajian dilakukan. Beliau tidak sebut harga gula akan naik atau turun. Setakat ini belum pernah harga gula turun. Sebelum ini Kerjaaan Malaysia memberi subsidi untuk gula menyebabkan harga gula di Malaysia lebih rendah berbanding negara-negara jiran.
Keadaan itu telah menyebabkan gula Prai diseludup ke selatan Thailand kerana harga gula di Thailand adalah lebih tinggi daripada harga di Malaya walaupun Thailand adalah negara kedua pengeluar gula mentah dunia.
Dari mana Lim Guan Eng dapat angka harga gula dunia aku tak pasti sebab dia pun tak sebut. Mungkin dia pakai harga gula mentah dan bukan harga gula putih kasar siap diproses. Mungkin juga dia silap titik perpuluhan lagi.
Di bawah adalah jadual harga gula pasir kasar bagi negara-negara Asia Tenggara. Harga gula di Malaysia pada kedudukan paling rendah.