Dari Mana Menteri Pertahanan Kulinari Mendapat Info Ketenteraan Malaysia Paling Lemah Di Rantau Ini? infomalay12.blogspot.com




Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, ketika menjawab soalan Danyal Balagopal Abdullah (PAN-Port Dickson) di Dewan Rakyat, mendedahkan kekuatan tentera Malaysia kini paling lemah di Asia Tenggara. Kata beliau,
Kedudukan laut, udara dan sebagainya, di Asia Tenggara, kita berada di tempat yang paling bawah. Vietnam jauh ke hadapan, Indonesia nombor satu. Malu kita, kalau kita pergi ke peringkat antarabangsa. Saya akan berusaha menjadikan Malaysia hebat kembali, nombor satu semula.
Dari mana Mat Sabu memperolehi senarai kedudukan yang meletakkan Malaysia di tangga paling bawah di dalam kekuatan ketenteraan negara-negara serantau? Ranking Malaysia di dalam senarai Global Firepower, baca di sini, meletakkan Malaysia di tangga ke 5 dengan kedudukan seperti berikut:

1. Indonesia
2. Vietnam
3. Thailand
4. Myanmar
5. Malaysia
6. Philippines
7. Singapore
8. Cambodia
9. Laos

Kadangkala terfikir eloklah kalau Menteri Pertahanan Kulinari sendiri menghina Kementerian Pertahanan sebagai paling lemah di rantau ini. Inilah hadiah kepada tentera-tentera Malaysia kerana mengundi PH. Sekurang-kurangnya Menteri Pertahanan Kulinari akan menaikkan mertabat tentera dengan kawad 'goose steps'.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :