Cadangan untuk murid beri tumpuan ketika pembentangan rakannya infomalay12.blogspot.com

CADANGAN BAGI MEMASTIKAN SEMUA MURID MEMBERIKAN TUMPUAN KETIKA SESI PEMBENTANGAN
1. SUSUN KEDUDUKAN MURID

Pastikan murid tidak duduk dalam bentuk kumpulan tetapi memusingkan kerusi ke hadapan atau duduk dalam BENTUK LADAM KUDA menghadap kumpulan yang membentang hasil perbincangan dan guru berada di belakang kerusi murid yang mendengar.

2. SETIAP KUMPULAN DIBERIKAN PERANANCADANGAN BAGI MEMASTIKAN SEMUA MURID MEMBERIKAN TUMPUAN KETIKA SESI PEMBENTANGAN

Kumpulan yang mendengar diberikan peranan masing-masing. Sebagai contoh:
Kumpulan 1 - Pembentangan
Kumpulan 2 - Juri
Kumpulan 3 - Penambah maklumat
Kumpulan 4 - Penyoal
Kumpulan 5 - Pengkritik

3. SIAPA PEMENANG - DENGAR DAN SOAL

Murid yang mendengar pembentangan perlu menyoal ahli kumpulan yang membentang dan ahli kumpulan yang menyoal akan mendapat markah bagi kumpulan. Kumpulan yang menang akan mendapat ganjaran.

4. KUIZ

Setiap kumpulan yang mendengar pembentangan, perlu menyelesaikan tugasan ringkas berkaitan pembentangan yang disediakan oleh guru atau oleh kumpulan pembentangan.

5. TAMPAL SEMUA HASIL PERBINCANGAN

Hasil perbincangan ditampal pada dinding atau ruang yang dikhaskan serentak sebelum pembentangan dilaksanakan.

Sumber: SISC+ Azura
loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :