Astro Awani berlebih-lebihan (exaggerate) apabila melaporkan 71% Rakyat Malaysia yakin dengan kepimpinan Tun Dr Mahathir. Laporan Astro Awani yang bersifat menjilat juga melaporkan, hampir genap 100 hari pentadbiran Pakatan Harapan (PH), kajian Merdeka Center menunjukkan 2/3 rakyat berpuas hati dengan kerajaan pilihan mereka.
Jangan main-main. Fakta yang diberikan adalah 2/3 Rakyat Malaysia. CTS pun semaklah kajian yang dibuat oleh Merdeka Center, hanya 1,160 responden sahaja yang berusia 21 tahun ke atas yang dipilih. Adakah 1,160 responden ini mewakili 2/3 Rakyat Malaysia?
Astro Awani mungkin buta matematik dari segi titik perpuluhan seperti mana yang dialami oleh Menteri Kewangan. Mungkin mereka keliru adakah peratus berkenaan adalah 71%, 7.1% atau 0.71%. Agak-agaklah nak menjilat pun.