Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland konsisten bahawa DS Najib bukan suspek / penjawat awam yang dituduh dalam siasatan 1MDB. Berikut adalah kronologi kejadian:
14 Ogos 2015
Pejabat Peguam Negara Switzerland mengumumkan prosiding jenayah dimulakan berhubung 1MDB.
02 Februari 2016
Dalam satu temubual dengan Nikkei Asian Review, jurucakap Pejabat Peguam Negara Switzerland, Andre Marty berkata, DS Najib bukan pegawai awam yang disenarai dalam prosiding jenayah tersebut. Baca di sini, di sini dan di sini.
10 Julai 2018
Selepas Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara, Tommy Thomas, suatu kenyataan dikeluarkan kepada Reuters bahawa DS Najib tidak termasuk dalam penjawat awam yang dituduh. Baca di sini.
Thomas & Friends tengah pening sekarang. Patutlah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) DS Mohd Shukri Abdull berkata siasatan berhubung kes 1MDB telah 50% selesai. Baca di sini. 50% selebihnya pun dia pening nak siasat di mana.
Kesimpulannya,
Kesimpulannya,
1. Pihak polis Macau kata PDRM buat kenyataan tidak selari dengan fakta.
2. Ketua Peguam Switzerland kata DS Najib bukan suspek di dalam siasatan kes 1MDB mereka.
3. Bank Dunia tidak setuju hutang negara adalah RM1.0 trillion.
Adakah anda nampak corak penerimaan institusi di seluruh dunia terhadap Malaysia? Adakah mereka tidak setuju dengan 'government of the day'?