BARU BALIK DARI SUNGAI KANDIS, AGAK TERKEJUT JUGA, RUPANYA PENGUNDI SUNGAI KANDIS AKAN TOLAJ PAKATAN HARAPAN !
MEREKA KATA JANGAN BISING-BISING SHHHHH !
MEREKA AKAN AJAR P. HARAPAN KERANA .... AAAH. JANGAN CAKAP LA .... BAGI MUA PADA AAHHHHH TUNGGU KEPUTUSAN SUARA RAKYAT NANTI .....
DIANTARA PENGUNDI BERKATA: DULU PRU 14 KAMI UNDI P.H, RUPANYA TAK BOLEH HARAP, SYAITAN BETULLAH !!!
-Pak Karamu-
Asalkan bukan PH: Nasrudin
Nasrudin Hassan
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Tindakan Pas tidak meletakkan calon pada PRK Sungai Kandis bertujuan memastikan pertandingan satu lawan satu berlangsung.
Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, ini bagi memastikan undi pembangkang tidak pecah dan PH dapat ditewaskan.
Menurutnya, PH mesti dikalahkan dan ia akan menjadi satu isyarat kepada kerajaan hari ini bahawa rakyat tidak mahu terus dipermain dengan kegagalan mereka menunaikan janji pilihan raya seperti menghapuskan tol, menurunkan harga minyak dan menghapuskan hutang peneroka Felda.
“Kerajaan PH dilihat sangat tidak seimbang, rasis dan terlalu membuka jalan kepada agama Islam dipersendakan. Suara-suara yang mengundang keresahan orang Islam makin marak bebas dan tidak diambil tindakan wajar.
“Sebagai contoh, gesaan supaya Maahad Tahfiz ditutup, terlalu memberi muka kepada LGBT, pemikiran anti hadis, posisi penting dalam sektor kehakiman dan undang-undang tidak diberikan kepada orang Islam, pemikiran liberal, terdapat individu yang didakwa menyokong gerakan pengganas jadi pemimpin kerajaan serta dominasi DAP yang sangat skeptikal terhadap perjuangan Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir mengumumkan parti itu tidak akan meletakkan calon untuk bertanding pada PRK Dun Sungai Kandis, 4 Ogos ini.
Beliau berkata, ketetapan itu dibuat sejurus Umno membuat keputusan untuk meletakkan calon pada PRK itu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pas tidak letak calon untuk PRK Sg Kandis]
Penamaan calon bagi PRK Sungai Kandis semalam menyaksikan, pertembungan tiga penjuru antara PH, BN dan Bebas.
PH meletakkan calon muka baharu, Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang merupakan Setiausaha Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) PKR Pusat yang juga pengetua tafiz.
BN pula mengemukakan calon yang lantang mengkritik PH, Datuk Lokman Noor Adam melalui NGO Pemantau Malaysia Baharu. Manakala calon Bebas pula ialah Murti Krishnasamy.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tiga penjuru di PRK Sungai Kandis]
Mengulas lanjut, Nasrudin meminta supaya pengundi menolak PH dalam PRK Sungai Kandis.
“Anda mempunyai 1001 sebab untuk menewaskan PH. Kekalahan PH dalam PRK Sungai Kandis adalah untuk menyentak lamunan mereka yang masih asyik dengan kuasa yang dimiliki agar tunaikan janji pilihan raya dan tidak lagi membohongi rakyat,” katanya.