Persidangan Dewan Rakyat sesi petang hari ini tertangguh selama enam minit apabila tidak cukup Ahli Parlimen yang hadir.
Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB-Kapit) bangkit berdiri dan mempersoalkan kepada Yang Dipertua Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang mempengerusikan mesyuarat itu.
"Tuan Yang Dipertua. Saya hendak pastikan, adakah cukup kuorum? Apa menteri, timbalan menteri semua tiada ke?" soal Alexander.
Mohamad Ariff lantas membuat keputusan, "Kita tempohkan dua minit sehingga cukup kuorum. Sila bunyikan loceng."

Sementara itu, semakan ke atas laman sosial Facebook Menteri Kewangan mendapati beliau sedang sibuk makan nasi ayam.