Ini adalah antara 'u-turn' yang paling cepat dibuat oleh Menteri Kerajaan PH. Dalam satu kenyataan daripada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang merujuk kepada jawapan bertulis parlimen kepada Anggota Parlimen Ayer Hitam, DS Dr Wee Ka Siong, Maszlee menjelaskan Sekolah Menegah Persendirian Cina (SMPC) tidak mendapat peruntukan bagi membayar gaji guru kerana institusi itu bukan bertaraf sekolah kerajaan. Kata beliau,
Peruntukan operasi melibatkan perbelanjaan dalaman kerajaan. Kebanyakan peruntukan adalah untuk emolumen kakitangan awam dan guru.
Disebabkan SMPC bukan sekolah awam atau di bawah bidang kuasa kementerian dan guru-gurunya bukan kakitangan awam, kementerian tidak boleh menggunakan peruntukan operasinya untuk SMPC, sekolah agama persendirian dan agensi pendidikan swasta lain.
Tidak sampai 24 jam, Abang DAP mula membuat gertakan membidas Menteri Pelajaran berkenaan. Pukul 3.00 petang Abang Besar DAP membuat gertakan, pukul 8.00 malam Maslee membuat 'u-turn' dengan membuat pengumuman SMPC akan diberi peruntukan.
Ibubapa yang menghantar anak ke sekolah persendirian adalah golongan yang berkemampuan. Apa lagi bantuan yang diperlukan dari Kerajaan?
Bukan Kerajaan yang memaksa SMPC ini dibuka. Banyak lagi sekolah-sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan yang memerlukan bantuan.
Kesimpulannya, Menteri Pelajaran PH ini NoBrain kerana memansuhkan MyBrain walaupun beliau sendiri mendapat nikmat membuat PhD beliau menerusi program MyBrain.