Piawai Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan, Nurul Izzah, Tony Pua Dan Dr Maszlee Malik infomalay12.blogspot.com

1. Nurul Izzah & Radiohead

Dalam banyak-banyak isu dan janji manifesto Pakatan Harapan di dalam PRU14, YB Nurul Izzah gigih untuk membawa kumpulan rock underground, Radiohead ke Malaysia bagi menunaikan janjinya. Dikatakan tiket berharga RM800 dan separuh daripadanya akan disumbangkan kepada Tabung Milo Negara.

Rakyat memilih anda Nurul Izzah untuk menjaga kebajikan mereka. Tunaikan 10 janji dalam 100 hari itu dulu. Utamakan isu kenaikan harga barangan, gaji minima RM1,500, cukai SST, hutang PTPTN dan beratus isu Rakyat yang lebih penting dan perlukan tindakan segera daripada konsert hiburan. 


2. Berikut adalah transkrip di Parlimen yang melibatkan Ahli Parlimen, Tony Pua.

Tony Pua : MIC terima RM20 juta wang 1MDB.
Datuk Saravanan : Mana buktinya?
Tony Pua : Sila rujuk Malaysiakini.

Bolehkah saya membuat andaian seperti berikut?

CTS : Tony Pua terima RM20 juta wang Israel.
Tony Pua : Mana buktinya?
CTS ; Sila rujuk rancangan Melodi.

Pakatan Harapan masih mengadaptasi pemerintahan berdasarkan persepsi, politik toksik beracun dan fitnah. Ini saja tahap penasihat Menteri Kewangan. Apa nak buat, ini yang Macai Tomato mahu.


3. Menteri Pelajaran dan kasut hitamnya.

Apa pentingnya murid seluruh negara tukar kasut warna hitam? Takda hal ehwal yang lebih pentingkah? Isu guru duka lara, isu beg sekolah yang berat, soal disiplin pelajar mahupun isu UEC yang masih belum selesai? Gudang kasut tentu gembira apabila 7 juta murid bakal membeli kasut hitam baru yang pasti melibatkan perbelanjaan ekonomi sekitar RM350 ke RM400 juta.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :