NUTP cadang guru bandar naik gred setiap lima tahun infomalay12.blogspot.com

Imej via Berita Harian
KUALA LUMPUR 26 Julai - Guru-guru yang komited mengajar di bandar perlu diberi keistimewaan untuk naik gred mereka setiap lima tahun sebagai menghargai pengorbanan mereka.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Kamarozaman Abdul Razak mencadangkan supaya guru-guru yang mengajar di bandar tidak perlu menunggu lapan tahun untuk gred dinaikkan sebagai galakan untk mereka kekal mengajar di bandar.
Katanya, jika sebelum ini guru perlu menunggu lapan tahun mungkin boleh turunkan kepada lima tahun untuk dinaikkan gred.

“Ini sebagai galakan dan motivasi kepada guru-guru untuk berkhidmat di bandar seperti Johor dan Selangor yang mempunyai masalah kekurangan guru.

“Gunakan konsep seperti Mara yang memberi insentif kepada semua guru bukan sahaja yang mengajar di bandar tetapi pedalaman,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri pendidikan, Dr Maszlee Malik berkenaan masalah kekurangan guru di bandar besar semakin serius terutamanya melibatkan negeri Johor dan Selangor.

Kamaro Menurut Dr. Maszlee, beberapa inisiatif seperti menaikkan elaun kos sara hidup dan meramaikan lagi anak tempatan menjadi guru sedang dalam peringkat kajian oleh Kementerian Pendidikan

Sehubungan itu, Kamarozaman berkata, Kementerian Pendidikan perlu memberikan insentif-insentif tambahan bukan sahaja kepada guru yang mengajar di pedalaman tetapi di bandar yang memerlukan kos sara hidup yang tinggi.

Sumber - UTUSAN ONLINE


loading...

Subscribe to receive free email updates: