Musk
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Usahawan teknologi dan pengasas Tesla, Elon Musk menerusi Twitter memaklumkan pasukannya dari SpaceX di Los Angeles membina sebuah kapal selam mini untuk membantu operasi menyelamat kesemua 12 remaja lelaki bersama jurulatih mereka yang terperangkap di dalam gua Tham Luang selama dua minggu.
"Kami mendapat maklum balas positif dari Thailand. Kapal selam kecil itu dapat membawa dua penyelam dan saiznya cukup kecil untuk melalui ruang sempit," katanya sambil menambah pembinaan kapal selam mini itu akan mengambil masa lapan jam dan 17 jam untuk dihantar ke Thailand.
Kementerian Pertahanan memaklumkan pasukan jurutera yang pakar dalam bidang terowong dan pembinaan dari firma jutawan terbabit tahu bagaimana untuk memasuki gua tersebut.
Sementara itu, Prof Edgar Choueiri dari Universiti Princeton yang pakar dalam penyelidikan roket menyifatkan idea kapal selam Musk itu adalah kenderaan mempunyai saiz sesuai untuk membawa keluar kesemua mangsa.
Terdahulu, Musk turut mencadangkan pembinaan tiub nilon yang boleh melenting untuk membentuk terowong udara bawah air.
Ia bukan usaha pertama Musk dalam memberi bantuan kecemasan kerana jutawan terbabit pernah menyediakan bateri untuk menyalakan lampu selepas Puerto Rico terpaksa bergelap akibat dibadai hurikan ganas, Maria pada tahun lalu. - Straits Times
Related Posts :
[Video LIVE: Ceramah umum Anwar Ibrahim dari Sg Koyan 1, Cameron Highlands] Jelai jadi sasaran pemimpin kanan PH. infomalay12.blogspot.comKhamis, 17 Januari 2019
Jelai jadi sasaran pemimpin kanan PH
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Aziz… Read More...
Skim BSN bantu CINA, zaman PH makin gila infomalay12.blogspot.com
11 Jamadilawal 1440H, Khamis – Skim pinjaman baharu oleh bank milik kerajaan, Bank Simpanan Nasional (BSN), yang menawarkan kemudah… Read More...
[Video CEO Goldman Sachs mohon maaf pada rakyat Malaysia] Goldman sedang disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia dan Jabatan Kehakiman AS (DOJ). infomalay12.blogspot.comKhamis, 17 Januari 2019
CEO Goldman Sachs mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs Inc, David Solomon pada … Read More...
[Video Presiden Skuad Badar direman lagi 2 hari] PH ni nak jadi kerajaan sepenggal atau kurang dari sepenggal? BENGANG! MENTERI SEMUA TIDO? Pendakwaan lantang bantah cubaan Najib tangguh perbicaraan Feb ini. infomalay12.blogspot.comKhamis, 17 Januari 2019
Otai BERSIH
Woiii Menteri Menteri berkenaan yg bahalol.!!!
Apa kejadahnya balaci barua Hadi yg rekod dia pasal ras… Read More...
"AMEN HIGEEY KU BALAQ KENGLAP, WOOK HIIQ PEQ LAW" (SEMAI) infomalay12.blogspot.com
Saya lahir dan membesar dalam pesekitaran alam semulajadi. Lama terlibat dalam 'eco-tourism'. Akrab dengan Orang Asli suku Bateq. Ken… Read More...