Ini video tahun 2017, di mana saka yang menyerupai Rafizi Ramli telah berjanji harga minyak boleh dikekalkan serendah RM1.50 seliter.
Ini pula video tahun 2018, di mana saka yang menyerupai Rafizi Ramli telah berjani harga minyak boleh dikekalkan kepada RM1.80 seliter sekiranya Pakatan Harapan memerintah.
Sebaliknya, semalam berkatalah Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR di dalam blog beliau, baca di sini,
PH (atau mana-mana pimpinan) tidak pernah pun menjanjikan harga turun serta merta kepada RM1.50 seliter untuk RON95. Itu kempen PRU13. Penyokong UMNO dan PAS masih mamai dengan kempen PRU13!
Lebih teruk lagi, senarai janji yang mereka tuntut itu adalah janji Mat Jenin yang mereka sendiri angan-angankan (sementara mengubat luka kekalahan PRU14) tetapi tidak pernah pun menjadi janji Pakatan Harapan.
Teringat kata-kata seorang peguam terkenal yang menafikan penglibatan beliau di dalam satu video lucah mirip dirinya. Katanya,
It looks like me, sounds like me, but may not be me.
Mungkin Rafizi Ramli mahu menggunakan teknik yang sama. Orang di dalam video di atas mungkin bukan beliau tetapi saka beliau. Sekiranya orang di dalam video di atas adalah Rafizi Ramli, beliau sebenarnya berbohong apabila berkata janji harga minyak RM1.50 adalah kempen PRU13, kerana video harga minyak RM1.50 di atas dibuat dalam tahun 2017 manakala video janji harga minyak pada harga RM1.80 dibuat pada ceramah pada tahun 2018.
Kesimpulannya, kalau tidak berbohong, bukan Rafizi Ramli namanya. Rafizi Ramli atau saka beliau seharusnya berdiam diri dan tidak keluar dari kepompong persembunyiannya. Anda bukan lagi sesiapa. Malah perlantikan 4 senator dan kemudiannya dilantik Menjadi Menteri dan Timbalan Menteri melalui pintu belakang ke barisan kabinet turut tidak terdapat namanya.