Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata Kabinet bersetuju projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) diteruskan dengan kos akhir berjumlah RM16.63 bilion, iaitu 47 peratus lebih rendah berbanding kos asal RM31.65 bilion. Lim Guan Eng dipetik berkata,
Penjimatan bernilai RM15 bilion bukan sahaja penting dalam konteks pengurangan hutang negara, malah ia juga bakal memberi penjimatan tambahan bernilai RM14 bilion khususnya dalam kos faedah sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman kewangan.
Pengurangan kos sebanyak 47 peratus ini membuktikan kemampuan kerajaan dalam usaha mendapatkan penjimatan kos yang begitu signifikan bagi projek yang harga asalnya melambung tinggi akibat kelemahan tadbir urus
Apa yang sebenarnya berlaku adalah antara langkah utama yang diambil untuk mengurangkan dan merasionalisasi kos projek ini termasuk:
1. Mengurangkan jumlah tempahan daripada 42 set kereta api 6-koc kepada 22 set kereta api 3-koc.
2. Mengubahsuai saiz dan reka bentuk stesen LRT mengikut piawaian jajaran LRT Kelana Jaya dan bukannya mengikut saiz stesen MRT yang lebih besar.
3. Menangguhkan pembinaan lima stesen yang dijangkakan mempunyai jumlah penumpang yang rendah, sehingga terdapat keperluan untuk membina stesen itu, iaitu Lien Hoe, Temasya, SIRIM, Bukit Raja dan Bandar Botanic.
Analogi mudah adalah seperti berikut:
LGE: Berapa harga 10 biji telor ayam?
Penjual: RM5.
LGE: Ok saya mahu 5 biji saja.
Penjual: 5 biji harga RM3.
LGE: Bagus, saya sudah berjaya jimatkan RM2. Pengurangan harga dari RM5 kepada RM3.
Kesimpulannya, adakah LGE berjimat dengan membeli 5 biji telor ayam? Jawapannya ya. Adakah berlaku kelemahan salah tadbir urus dengan membeli 10 biji telor ayam? Pastinya tidak!