Isu UEC, ramai yang prejudis dan tidak faham - Menteri Pendidikan infomalay12.blogspot.com

KUALA LUMPUR 16 Julai - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, khabar angin me­ngenai Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) banyak dipengaruhi dengan nilai-nilai prejudis.

Menurutnya, persepsi yang timbul juga disebabkan oleh sesetengah pihak masih kabur terhadap sukatan pelajaran yang diadaptasi dari Taiwan.
"Persoalannya, sejauh mana­kah kita melihat isu bahasa kebangsaan dan perpaduan itu sebagai tema utama dalam UEC?

“Itu masih kadang-kadang saya rasakan agak kurang kita perbincangkan. Jadi, banyak persepsi timbul kerana masih kabur. Ramai pihak yang me­nyangka (pihak) yang inginkan UEC, mereka menolak bahasa kebangsaan dan tidak inginkan perpaduan.

“Jadi, kita ingin lihat mana-mana pihak yang berbi­cara tentang UEC ini kita terlebih dahulu kena selesaikan isu bahasa kebangsaan dan perpaduan supaya tidak timbul pre­judis kerana kebanyakan khabar angin yang timbul disebabkan pre­judis,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, Maszlee ber­kata, pihaknya ti­dak meletakkan sebarang tempoh tertentu untuk mengiktiraf UEC kerana ia memerlukan masa.

Kata beliau, per­kara itu kera­na UEC perlu dikaji secara holistik bersama pelbagai pihak ber­kepen­tingan.

“Tidak sekarang ini, malah, kita te­lah mengeluarkan kenya­taan rasmi kepada Kementerian Pendidikan.

“Kajian ini (UEC), kena lihat dengan pelbagai pihak berkepen­tingan. Jadi, perlu ambil masa,” katanya.

loading...

Subscribe to receive free email updates: