Mungkin Malaysia adalah Kerajaan pertama di dunia yang meminta pembangkang untuk menjelaskan kepada Rakyat dasar dan polisi cukai yang ingin diperkenalkan oleh Kerajaan.
Ah Beng licik apabila membandingkan cukai SST yang dikenakan ke atas pengilang berbanding cukai GST yang dikenakan ke atas peruncit 7-Eleven. Mungkin Ah Beng terlupa GST yang dibayar oleh pengilang, pemborong dan logistik penghantaran boleh dituntut semula sebagai input cukai.
Ah Beng licik apabila membandingkan cukai SST yang dikenakan ke atas pengilang berbanding cukai GST yang dikenakan ke atas peruncit 7-Eleven. Mungkin Ah Beng terlupa GST yang dibayar oleh pengilang, pemborong dan logistik penghantaran boleh dituntut semula sebagai input cukai.
Sebaliknya, untuk SST, cukai pengilang akan dipindahkan kepada pemborong, pemborong akan memindahkan kepada pemasar, pemasar akan memindahkan kepada penjual, yang mana kesemua ini tidak boleh dituntut semula.
Akhirnya, cukai SST pengilang, pemborong, pemasar dan penjual akan dipindahkan kepada Rakyat. Kedua, buatlah perbandingan SST dan GST di antara pengilang yang sama. Barulah adil. Itupun perlu diambilkira kebarangkalian berlakunya ada pihak yang cuba mengelak cukai / ketirisan di dalam SST sekali.
Ketiga, Ah Beng memberi contoh air tin akan menjadi murah 2 sen tanpa GST di 7-Eleven. Terima kasih Ah Beng. Ah Beng terlupa apabila pengguna mahu bayar (harga tanpa GST) iaitu RM2.00 tolak 2 sen bersamaan dengan RM1.98, harga akan digenapkan kembali menjadi RM2.00. Siapa yang untung?
Kesimpulannya, apa kata Ahli Council of Elders (Eminent Persons), TS Dr Zeti Akhtar Aziz. semasa menjadi Gabenor Bank Negara:
Pada masa hadapan, isu trade mispricing akan diatasi dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang menghendaki pelaporan nilai ditambah pada pelbagai peringkat pengeluaran". - Bank Negara Malaysia. 16/12/2013. Baca di sini.Apa yang hendak ditegaskan oleh BNM adalah pelaporan cukai. Beza GST dan SST yang utama adalah pelaporan cukai di mana mana-mana pihak tidak dapat lari dari membayar cukai berbanding ketirisan dan penipuan di dalam SST.
Jadi ketirisan inilah yang menyebabkan hasil Kerajaan melalui SST adalah sebanyak RM21 bilion setahun berbanding hasil Kerajaan melalui GST berjumlah bernilai RM44 bilion setahun (ikut kata Ah Beng di atas). Hasil yang kurang melalui SST berjumlah RM23 bilion adalah disebabkan oleh ketirisan dan bukannya disebabkan Kerajaan PH prihatin kepada Rakyat.