Kita faham dan maklum kenapa Astro Awani terlalu teruja dengan Malaysia Baharu sehinggakan tidak sabar menjadi jurucakap pihak Kerajaan PH. Walau bagaimanapun, sebelum membuat penerangan yang tidak betul dan mengelirukan kepada 30 juta Rakyat Malaysia, eloklah stesen TV berkenaan mendapatkan konsultansi atau nasihat daripada pihak yang pakar dalam bidang percukaian.
Apa yang Astro Awani dan jurucakapnya, Luqman Hariz terangkan semalam adalah sama seperti infografik pengiraan SST 16% dan GST 6% yang tular semalam. CTS ada menulis berkenaan perkara itu di sini.
Masalah pengiraan GST tersebut adalah tidak mengambil kira penolakkan input cukai kredit yang peniaga boleh tuntut daripada Kastam Di Raja Malaysia (Kerajaan). GST bukan kos kepada peniaga. Pengiraan sebenar adalah seperti di bawah.
Peniaga boleh tuntut GST yang dibayar kepada pemborong, pemborong boleh tuntut GST yang dibayar kepada pengilang dan pengilang boleh tuntut GST yang dibayar kepada pembekal bahan mentah.
Ini bukan kali pertama Astro Awani cuba menjadi jurucakap kepada Kerajaan PH. Sebelum ini ada jurucakap Astro Awani cuba menerangkan tentang bagaimana Kerajaan PH boleh kurangkan hutang negara dengan meminjam daripada Jepun. Penerangan berkenaan juga banyak fakta yang salah dan mengelirukan.
Kesimpulannya, kita berharap walaupun media seperti Astro Awani ingin menjadi pengampu dan penjilat Kerajaan, biarlah dengan memaparkan fakta yang benar dan tepat. Dapatkan nasihat daripada pakar yang berkenaan.
Adalah diharapkan media lebih berhati-hati dalam membuat penerangan seperti ini. Tugas anda termasuk mempersoalkan tindakan Kerajaan, bukannya semata-mata menjadi jurucakap Kerajaan.