Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah bercakap pasal bahaya pinjaman dalam bentuk matawang Yen semasa berucap di 'The Kyushu-Asian Summit for Local Authorities' pada tahun 1994.
Tun Dr Mahathir berkata, sememangnya kadar faedah pinjaman Jepun adalah rendah. Akan tetapi kemudian Yen telah mengukuh naik berbanding Ringgit, dengan kadar 100%.
Ini bermaksud, Malaysia perlu bayar hutang Yen yang bernilai RM100 juta dengan RM200 juta dicampur dengan kadar faedah ke atas RM200 juta tersebut.
Ianya bukanlah murah sama sekali. Kata beliau, Malaysia cuba berunding semula pinjaman agar dapat mengurangkan beban hutang, tapi tidak diberi walau sesen.
Maksudnya, bunga rendah 2%-3% pun tidak berguna kalau pokok boleh naik 100% bagi tempoh tahun 1994 hingga 300% pada tahun 1998.
Rujuk ucapan DS Dr Mahathir bin Mohammad di Kyushu, Jepun pada tahun 1994, di sini.