Hari ini seperti biasa Menteri Kewangan yang gila glamour, sekali lagi mengadakan Sidang Media. Apa yang dikesalkan ini adalah pertama kali Kementerian Kewangan mengeluarkan Kenyataan Rasmi dalam Bahasa Cina. Walaupun Kenyataan Rasmi dalam Bahasa Kebangsaan turut juga dikeluarkan, apa rasionalnya Bahasa Cina?
Tidak cukupkah Kenyataan Rasmi dalam Bahasa Kebangsaan dan ditambah dalam Bahasa English untuk memudahkan penyebaran dan komunikasi di peringkat antarabangsa? Bagaimana dengan bahasa-bahasa lain sekiranya Bahasa Cina mendapat dalam penyebaran Kenyataan Rasmi? Adakah Bahasa Tamil, Bahasa Kadazan, Bahasa Dayak, Bahasa Murut dan sebagainya tidak penting bagi Kemeterian Kewangan?