5 Hari Lepas:
Perdana menteri berkata, kerajaan pimpinannya sudah mengumpul “bukti secukupnya” untuk mendakwa bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Sumber di sini.
Hari Ini:
1MDB : Proses Pendakwaan Ambil Masa Untuk Kumpul Bukti Kukuh - PM.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui proses pendakwaan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan mengambil masa kerana perlu mengumpulkan bukti kukuh.
Ini bagi memastikan proses penghakiman kes terbabit tidak dipengaruhi sentimen populis.
Sumber di sini.
Soalan CTS:
1. Bukti untuk pendakwaan sudah cukup atau belum. 5 hari lepas keluar kenyataan sudah ada "bukti secukupnya" manakala hari ini pula keluar kenyataan bahawa "akan mengambil masa kerana perlu mengumpulkan bukti kukuh". Yang mana satu ni? Kasut cucu DS Najib Tun Razak yang dirampas tidak cukupkah menjadi bahan bukti?
2. Kenyataan hari ini bahawa "ini bagi memastikan proses penghakiman kes terbabit tidak dipengaruhi sentimen populis" amat kelakar. Ini kerana hampir setiap hari Menteri Kewangan, Ah Beng mengadakan Sidang Media untuk bercakap pasal 1MDB tanpa mengemukakan sebarang bukti. Ini bukan untuk populiskah?
Nota Kaki:
Bukankah pada tahun 2016, Mantan Peguam Negara, TS Ghani Patail sudah siap ada bukti dan waran tangkap untuk mendakwa DS Najib Razak? Apa sudah jadi kepada bukti-bukti yang dikumpul oleh Peguam Negara tersebut? Dah tak laku?
Nota Kaki:
Bukankah pada tahun 2016, Mantan Peguam Negara, TS Ghani Patail sudah siap ada bukti dan waran tangkap untuk mendakwa DS Najib Razak? Apa sudah jadi kepada bukti-bukti yang dikumpul oleh Peguam Negara tersebut? Dah tak laku?