7 Mei 2018
Calon PKR DUN Rantau Dr S Streram hari ini memfailkan saman misfeasans dalam jawatan pejabat awam sebanyak RM7.6 juta terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pegawai pengurus pilihan raya Amino Agos Suyub kerana menghalangnya bertanding.
Beliau memfailkan saman itu melalui firma Tetuan Haniff Khatri & Co di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur petang tadi.
Dalam pernyataan tuntutannya, Streram mendakwa bahawa defendan gagal menunaikan tanggungjawab di bawah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1958, yang mengakibatkan dirinya tidak dapat bertanding di kerusi negeri selepas memperoleh watikah pelantikan daripada partinya.
Susulan itu, Menteri Besar Sementara Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan memenangi kerusi Rantau tanpa bertanding.
Streram berkata beliau telah membayar deposit sebanyak RM5,000 untuk pendaftaran pencalonannya dan RM3,000 lagi untuk deposit bahan kempen pada 25 April.
Beliau mendakwa dirinya tidak dimaklumkan bahawa pas SPR diperlukan untuk tujuan memasuki pusat penamaan calon.
Selain itu, Streram juga membuat dua laporan polis terhadap pegawai pengurus pilihan raya itu dan SPR mengikut Seksyen 124B dan 124C Kanun Keseksaan kerana mengganggu proses demokrasi parlimen dengan tidak membenarkannya menjadi calon.
Malaysiakini
Related Posts :
[Video Apa istimewanya Waytha Moorthy?] Apa kata kalau Hadi dilantik jadi menteri ganti Wathya Moorty? Bakal PM, LALUAN AZMIN TIDAK SEMUDAH DISANGKA. infomalay12.blogspot.comAhad, 23 Disember 2018
Tumpang sekole.
Apa kata kalau Abdul Hadi Awang dilantik jadi menteri agama dan ukhwah Malaysia sebagai ganti Wath… Read More...
Tsunami: Kematian meningkat 43, ratusan cedera infomalay12.blogspot.comTsunami: Kematian meningkat 43, ratusan cedera: kemaskini 10.15am GLOBAL | Gelombang besar landa Selat Sunda di antara pulau Jawa dan s… Read More...
[Video Pas cadang Umno DIBUBARKAN] Tu dia...besor gila gambar dia muka depan Utusan! Banyak isu lain jika Syed Saddiq mahu jadi hero. infomalay12.blogspot.comAhad, 23 Disember 2018
Tu dia..Besor gila gambar dia. Utusan sengaja nk bg org melayu muslim lagi menyampah tengok dia. Tahniah Utusan.
Ba… Read More...
[Video Detik Seventeen Band di terjang tsunami saat manggung] 'TSUNAMI Banten' Pemain bass & pengurus jelajah konsert Seventeen terkorban & Kematian meningkat 43, ratusan cedera. infomalay12.blogspot.comAhad, 23 Disember 2018
Band Seventeen dibadai tsunami ketika konsert
kumpulan pop rock negara jiran, Seventeen, M Awal Purbani atau Bani, … Read More...
WAH, TAK SABAR NAK GULING KERAJAAN ? infomalay12.blogspot.com
… Read More...