


Calon termuda AMANAH Perak.
AMANAH Perak tampil calon termuda, jurutera, pensyarah

Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak semalam mengumumkan calon-calon kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak bagi zon utara bagi mewakili Pakatan Harapan (PH) menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.
Lima calon dari pelbagai latar belakang telah diumumkan oleh Pengerusi AMANAH Perak, Asmuni Awi dalam satu majlis ceramah di Kamunting, Taiping malam tadi.
Kelima-lima kerusi yang bakal ditandingi oleh AMANAH mewakili Pakatan Harapan itu ialah Titi Serong, Selinsing, Selama, Kamunting dan Changkat Jering.
AMANAH menampilkan calon termuda dari parti itu iaitu Ustaz Ahmad Saqif Ansorullah. Cicit kepada tokoh ulama terkemuka, Almarhum Ustaz Abu Bakar al-Baqir itu baru berumur 26 tahun dan beliau adalah merupakan guru agama dan pendakwah bebas.
AMANAH turut memperkenalkan dua tokoh profesional berkelulusan kejuruteraan dan doktor falsafah sebagai bukti kesungguhan parti itu melahirkan kepimpinan-kepimpinan yang berkualiti serta wibawa.
Bekas pensyarah Universiti Teknologi Petronas, Ir Dr Muhd Fadhil Nuruddin akan mewakili AMANAH untuk kerusi Dun Kamunting, manakala Dun Changkat Jering pula akan ditandingi oleh Ir Megat Sharifuddin Ibrahim.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda PH, Hasnul Zulkarnain akan bertanding di kerusi Dun Titi Serong manakala aktivis masyarakat, Razali Ismail di kerusi Dun Selama.
MD.