Temubual DS Dr @weekasiongmp Sempena Ziarah Kasih Di Ayer Hitam infomalay12.blogspot.com

DS Dr Wee Ka Siong bukanlah insan asing di Johor terutamanya di Ayer Hitam. Beliau telah memenangi kerusi Parlimen dan mewakili suara Rakyat Ayer Hitam sejam tahun 2004 lagi. Sifat ramah dan ringan tangan beliau dengan penduduk-penduduk Ayer Hitam menyebabkan beliau sentiasa disenangi kawan dan lawan. Ketika ditemui dalam program Ziarah Kasih di Ayer Hitam, DS Dr Wee berkata, 
Visi saya adalah untuk membawa kawasan ini menjadi kawasan pertumbuhan baru di kawasan Johor Tengah kerana lokasinya yang cukup strategik.
DS Dr Wee ketika memberi komen tentang hasrat Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong yang mahu rampas Ayer Hitam, beliau berkata,
Ini sistem demokrasi. Tak kisah siapa nak bertanding di sini. DAP atau PAS pasti ada percaturan masing-masing. Jangan ada yang anggap ia sebagai cabaran mudah. Jangan pandang remeh calon lawan. Saya serah kepada pengundi untuk menilai track rekod saya selama berkhidmat di sini.
DS Dr Wee juga turut mengulas mengenai video propaganda tuduh beliau adalah seorang yang sombong.
Saya tak tahu macam mana ada paparazi ikut saya. Berlaku di satu warung bawah pokok. Saya ke sana untuk makan. Tuan kedai suruh duduk. Lepas tu tersebar kononnya saya sombong. Kalau ngeteh (minum teh) ni saya boleh ngeteh dimana saja. Saya boleh bawak ke mana saja warung dan kedai kopi. Saya berasal dari kampung. Saya sudah biasa.
Kalau dikatakan DS Dr Wee sombong, tontonlah video-video di bawah:



DS Dr Wee juga turut mengulas mengenai isu kepimpinan.
Saya bukan political star. Saya hanya mahu berkhidmat kepada Rakyat. Kalau kita suka berhijrah, macam mana nak berkhidmat kepada Rakyat? Saya tak lari ke mana-mana. Saya anak jantan. Hanya di sini Ayer Hitam. Kata pepatah Melayu 'di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung'. Kali pertama saya menang saya disini, saya akan terus berkhidmat di sini.
Buat penduduk-penduduk dan pengundi-pengundi di Ayer Hitam, anda sendiri tentukannya. Anda mahukan kawasan anda diwakili oleh Wakil Rakyat 'katak'  DAP yang selalu bertukar kawasan atau anda mahu memastikan Wakil Rakyat yang sentiasa berada dengan anda susah dan senang mewakili anda sekali lagi. 

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :