Hari Mengundi 9 Mei Hari Cuti Umum, Pkatan Harapan Tiada Alasan Lagi Kalah Pilihanraya infomalay12.blogspot.com


Sejak semalam, apabila Suruhan Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa Hari Mengundi adalah pada Hari Rabu, 09/05/2018, maka pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan bersilih ganti mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah zalim dan cuba untuk menipu pilihanraya.

Hakikatnya, keputusan Hari Mengundi dibuat oleh SPR, sebuah suruhanjaya di bawah Yang Di Pertuan Agong dan Kerajaan BN juga terkesan dengan keputusan ini memandangkan ramai juga pengundi-pengundi luar terdiri dari penyokong-penyokong BN.

Hari ini, apabila Kerajaan BN mengistiharkan 09/05/2018 adalah Hari Kelepasan Am, maka Pakatan Harapan tiada alasan lagi untuk mengatakan bahawa BN menipu. Kini mereka boleh 100% pasti boleh memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) dengan cemerlang dan terbilang. Jangan bagi alasan lagi! 

Namun terbaca juga suara-suara sumbang, mengatakan bahawa Kerajaan mengistiharkan cuti sebab tunduk kepada desakan pembangkang. Woi bodoh! SPR baru umumkan tarikh pengundian PRU14 semalam. Hari ini, Kerajaan Persekutuan beri cuti umum pada 9 Mei, hari Rabu tersebut. Kalau diberi semalam, pembangkang bagi alasan Kerajaan bekerjasama dengan SPR pulak. Semua tidak betul!

Kedua, rupa-rupanya ada hikmah. Jika PRU14 dibuat pada hari Sabtu, rakyat tidak dapat merasa Cuti Umum tambahan ini. Dengan ini, oleh sebab rakyat Malaysia gemar, bijak dan selalu ambil 'cuti tersepit' sebelum ini, maka rakyat bolehlah mohon sambung cuti pada 7 dan 8 Mei atau 10 dan 11 Mei, maka dapatlah bercuti panjang secara total 5 hari termasuk cuti hujung minggu. Inilah kebajikan Kerajaan Persekutuan. Undi tak sampai 2 jam, dapat cuti 24 jam.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :