Yusuf Azmi Tidak Lagi Bersama PPIM Adalah Fitnah. infomalay12.blogspot.com


Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai isu bahawa Yusuf Azmi iaitu Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah meninggalkan jawatan tersebut dan tidak lagi bersama PPIM.

Kenyataan itu telah disebarkan menerusi satu laman sosial Malaysia Gazette namun terbaharu menerusi akaun Facebook milik PPIM, kenyataan yang disebarkan itu dipercayai adalah fitnah semata-mata.

Menerusi Malaysia Gazette, Ketua Aktivis bagi PPIM iaitu Datuk Nadzim Johan dipercayai telah menyatakan bahawa Yusuf Azmi sudah tidak lagi bersama PPIM.

Namun, pihak PPIM sendiri turut menegaskan bahawa sebelum ini ketua bagi aktivis tersebut sama sekali tidak pernah ditemu ramah oleh pihak Malaysia Gazette.

Pihak PPIM dalam pada masa yang sama turut meminta agar segala berita palsu ini diberhentikan dengan kadar segera dan berharap individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini tidak lagi berbuat perkara seperti ini lagi.

Selain itu, sebelum ini pihak PPIM ada menyatakan bahawa Yusuf Azmi telah menubuhkan persatuannya sendiri namun Yusuf masih lagi kekal sebagai ahli PPIM.

Pihak PPIM juga turut menyatakan bahawa sekiranya pihak Malaysia Gazette memerlukan maklumat yang lebih tepat, mereka sendiri perlulah tampil bertemu dengan ahli PPIM sendiri untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku lagi.

Walaupun berasa kecewa dengan kenyataan tersebut, pihak PPIM meminta agar isu sebegini tidak dipanjangkan lagi. Editor: S


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :