[Video ISU KP SPRM!!!!~ MP Pakatan Harapan Buat Zahid Hamidi Kelam Kabut] Kenang-kenangan Mahathir kepada Sanusi. infomalay12.blogspot.com

Jumaat, 9 Mac 2018

Kenang-kenangan Mahathir kepada Sanusi


BELASUNGKAWA | Tan Sri Sanusi Junid sentiasa berjiwa nasionalis. Saya mengenalinya sebelum saya dilantik sebagai menteri lagi. Sifat patriotiknya tidak boleh ditandingi.
Kemudian apabila saya mendapat peluang, saya telah melantik allahyarham sebagai menteri. Allahyarham penuh dengan idea-idea baru yang melangkaui zaman, antaranya dalam bidang pertanian.
Kemudian beliau dipilih sebagai menteri besar Kedah. Sekali lagi beliau memperkenalkan banyak idea yang hebat. Saya sememangnya rapat dengan beliau dan amat mengagumi idea-ideanya.

Kami bekerjasama dalam usaha melawan kepimpinan Najib Razak dan beliau sentiasa menyokong usaha-usaha saya. Berikutan itu, beliau merupakan antara anggota terawal Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Saya cukup sedih di atas pemergian allahyarham. Saya berdoa kepada Allah agar allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman di akhirat.
Malaysiakini.

Subscribe to receive free email updates: