Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang mendedahkan gambar Ketua Pegawai Eksekutif The Star, Datuk Wong Chun Wai bersama DS N Ghanaraja yang merupakan seorang ahli perniagaan yang ditahan reman oleh pihak SPRM kerana menerima suapan RM19 juta dari pihak-pihak tertentu kononnya untuk menutup siasatan terhadap skandal Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang, dilihat sebagai satu tindakan desperado.
Pertama, Wong Chin Wai bukanlah Ketua Menteri Pulau Pinang dan pasti beliau tidak dapat memberikan apa-apa projek di Pulau Pinang. Kita berharap pada masa akan datang Joseph Lim Guan Eng menggunakan alasan yang lebih baik daripada menunjukkan gambar seperti ini yang membuat dirinya kelihatan bodoh.
Kedua, Wong Chun Wai bukan seorang ahli politik. Beliau hanya seorang pengamal media. Ketua Menteri Pulau Pinang merendahkan tarafnya dengan membandingkan gambar beliau dengan gambar Wong Chun Wai.
Ketiga, sekiranya kita perhatikan kedua-dua gambar di atas pasti kita akan tahu perbezaannya. Satu di ambil di majlis rasmi manakala satu lagi diambil di kediaman. Satu gambar berpakaian 'proper attire' dan satu gambar berpakaian santai. Satu pastinya memakai kasut dan satu lagi tidak.
Kesimpulannya, jangan memperbodohkan Rakyat Malaysialah Joseph Lim Guan Eng. Berikut adalah Kenyataan Media daripada tuan punya diri, Wong Chun Wai:
Wong Chun Wai: Press Statement in response to the Penang Chief Minister showing my photo with a MACC suspect at a press conference today - 14th March 2018.
As a known media practitioner and the CEO of Star Media Group, I meet all kinds of people in the course of my work. Many times, I am asked for photographs to be taken with them, most of which are unknown to me. I do not know this particular person implicated.
This particular photo of me shown by the Chief Minister was taken on the night of 8th of August 2017 at the StarProperty.my Real Estate Awards Night 2017 (SREA 2017) held at Nexus Bangsar South, Kuala Lumpur. The event was organised by Star Property, which is a subsidiary of SMG.
As is evident in this photo where there are more than two persons present, this is a public function and not in anyone's private residence.
I was dressed in my black dinner jacket and for sure was wearing my shoes when that particular photo was taken.
Wong Chun Wai