Pakar psikologi dan pakar kesihatan fizikal percaya di sebalik usia 93 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad mampu melaksanakan tugasnya sebagai perdana menteri sekali lagi sekiranya Pakatan Harapan menumbangkan BN pada piliha raya ke-14 akan datang.
Bagi pakar psikologi, Profesor Datuk Mat Saat Mohd Baki, beliau tidak hairan jika Dr Mahathir mengulangi semula prestasi semasa di zaman kemuncaknya.
“Usia menjadi isu dalam negara kita kerana sejarah pentadbiran kita belum ada individu lebih 90 tahun menjadi perdana menteri, tidak seperti negara lain.
“Dr Mahathir pernah lalui zaman kemuncak sebagai perdana menteri dan tidak mustahil ia akan berulang jika beliau diangkat sebagai perdana menteri,” katanya pada Wacana Sinar Harian di Shah Alam, hari ini yang berjudul "Apakah Tun M, terlalu tua untuk jadi PM?"
Turut bersependapat dengan Mat Saat adalah pakar kesihatan fizikal, Kevin Zahri Abdul Ghaffar yang percaya Dr Mahathir mampu meneruskan perjuangan itu.
“ Tekanan main peranan sangat besar. Daripada pemerhatian, kita lihat Dr Mahathir seorang individu yang tenang ketika bercakap atau berikan kenyataan.
“Cara beliau juga tidak menampakkan seorang panas baran dan daripada segi pemakanan juga sederhana.
“Jadi ini mungkin ini antara faktor beliau masih mampu teruskan perjuangannya,” kata pakar kesihatan fizikal itu.
Walau bagaimanapun, panel ketiga, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) UUM, Kamarul Zaman Yusoff, beranggapan Dr Mahathir sudah terlalu tua untuk menjadi perdana menteri.
Malah, kata pensyarah mesra PAS itu, faktor fizikalnya semakin tua dan beliau pernah dua kali menjalani pintasan jantung iaitu pada 1989 dan 2007.
“Pada pandangan saya fizikal dan mental Dr Mahathir tidak membenarkan beliau menjadi perdana menteri kerana jawatan tersebut memerlukan tenaga yang banyak dan jadual padat,” katanya.
Selain itu, kata Kamarul Zaman, faktor Dr Mahathir juga tidak banyak membantu undi orang Melayu kerana sikap bekas perdana menteri itu sendiri terhadap agama Islam.
“Mahu atau tidak, undi orang Melayu Islam mampu ditarik oleh PAS,” katanya.
Mat Saat seterusnya menghuraikan faktor ketuaan itu berdasarkan empat aspek: iaitu kronologikal berdasarkan umur, aspek psikologikal, aspek kemampuan berfungsi dan naratif.
Katanya, rekod menunjukkan terdapat 100 negara lain yang perdana menterinya berusia lebih 93 tahun.
Dr Mahathir hari ini juga membuat kejutan apabila hadir pada wacana itu.
Sebelum ini, Perdaana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, tiada negara di dunia akan memilih pemimpin berusia 93 tahun sebagai calon perdana menteri.
Mahathir, yang berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun sehingga 2003, akan berusia 93 tahun pada tahun ini.
Beliau berikrar akan menjatuhkan Najib sekiranya gabungan pembangkang yang diterajuinya memenangi PRU14.
Menerusi video di Facebook, awal minggu ini, Mahathir berkata pada usia 93 tahun beliau masih mampu menunggang kuda, memandu kereta dan mengalahkan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.
"Soal umur saya masih disebut-sebut kononnya saya sudah 93 tahun dan tak mungkin boleh jadi PM.
"Tetapi 93 tahun boleh lagi buat macam-macam bukan saja naik kuda , bawa kereta, tapi untuk mengalahkan Najib, masih boleh," kata pengerusi BERSATU itu.