Selepas itu, barulah kenyataan dana pelaburan negara itu yang mendakwa “mereka tidak hilang wang dan semua wang masih ada bersama mereka” boleh dipercayai.
Tony mengulas kenyataan dikeluarkan 1MDB menafikan wang sebanyak RM430 juta dirampas pihak berkuasa Switzerland bukanlah milik dana pelaburan negara cetusan ilham Perdana Menteri Najib Razak itu.
“Jika wang 1MDB semuanya masih dalam jagaan, mengapa 1MDB tidak pernah mendedahkan sepenuhnya kewangan syarikat sejak 2014?
“Malah, 1MDB tidak pernah keluarkan akaun audit yang sah sejak Mac 2012 selepas Deloitte Malaysia menarik balik sokongan mereka untuk penyata kewangan 1MDB pada Mac 2013 dan 2014,” kata Tony dalam satu kenyataan hari ini.
Dana pelaburan Malaysia terpalit skandal kewangan yang mencetuskan siasatan di seluruh dunia itu semalam mengatakan, CHF104 juta (RM430 juta) yang kini dipegang Perbendaharaan Persekutuan Switzerland bukan milik 1MDB sebaliknya adalah denda yang dikenakan ke atas bank yang melanggar undang-undang kewangan negara itu.