Tidak cukup dengan Timbalan Pengarah Strategik PPBM, Wan Saiful Wan Jan mengaitkan DS Najib Tun Razak dengan Cambridge Analytica, kini giliran Ketua Strategik PPBM pula memalukan dirinya.
Datuk Dr Rais Hissin yang juga Ahli Majlis Tertinggi PPBM, melalui laman sosial Twitternya mendakwa isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor mendapat anugerah dari Cambridge Analytica. Tweet beliau berbunyi,
Begitu erat hubungan antara PMO/Rosmah dengan Cambridge Analytica! Komen sikit @PMO Malaysia atau @NajibRazak!
Dr Rais membuat posting sambil memuatnaik pautan laporan media berkaitan lawatan rasmi DS Rosmah Mansor ke Instanbul pada 2016 diatas undangan Cambridge IF Analytica.
Malah Rais turut menambah bahawa Kedutaan Malaysia di Ankara turut mengesahkan bahawa DS Rosmah Mansor mengadakan lawatan di atas jemputan Cambridge IF Analytica bersempena Global Good Governance (3G) Awards 2016.
Lihatlah betapa lembamnya Ketua Strategis PPBbM. Cambridge IF Analytica bukan Cambridge Analytica. Kedua-duanya merupakan dua badan berbeza dengan nama yang hampir sama.
Cambridge IF Analytica merupakan organisasi yang mengeluarkan laporan tadbir urus yang baik di samping menjalankan analisis komprehensif terhadap pengurusan korporat.
Sementara Cambridge Analytica merupakan firma perlombongan data yang kini dilanda kontroverssi kerana menggunakan data daripada Facebook bagi membina program perisian untuk membatu membuat jangkaan dan mempengaruhi pilihan pengundi bagi memenagi pilihan raya untuk pelanggan mereka.
Hasil kerja DS Rosmah Mansor di PERMATA telah membantu kanak-kanak kurang berkemampuan untuk berjaya telah mendapat pengiktirafan dunia termasuk dianugerahkan Global Good Governance Awards (3G Awards) pada tahun 2016 yang dianjurkan di Hotel Hyatt Regency, Istanbul pada Mei 2016.
Rais dalam pada itu cuba untuk memutarbelit fakta mencipta berita palsu dengan mengaitkan nama isteri Perdana Menteri dengan skandal Cambridge Analytica yang melanda Timbalan Presiden PPBM, DS Mukhriz Mahathir.
Walaubagaimanapun, ianya segera dibidas oleh Cambridge IF Analytica sendiri yang mengeluarkan kenyataan di Facebook menjelaskan bahawa organisasinya tiada kaitan langsung dengan Cambridge Analytica. Kata Cambridge IF Analytica,
Pihak pengurusan dan pentadbiran CAMBRIDGE IF-ANALYTICA ingin menjelaskan bahawa kami TIDAK sama sekali berhubungkait dengan Cambridge Analytica. Kedua-duanya merupakan entiti berbeza dan tidak berhubungan, Terima kasih.