Sinar Harian
Mangsa dipaksa terjun dari tingkat dua namun selamat.
TOKYO - JEPUN. Polis Takasaki di wilayah Gunma memberkas seorang gadis berusia 21 tahun selepas didakwa memaksa teman lelakinya terjun bangunan.
Polis berkata, suspek dikenali sebagai Rina Okabayashi mendorong teman lelakinya terjun dari tingkat dua apartmen dihuni mereka, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah.
Mangsa yang berusia 41 tahun mengaku sering didera suspek, sejak tinggal bersama di apartmen berkenaan.
Malah, polis turut menemui kesan kecederaan lama pada tubuh mangsa semasa dia dirawat di hospital.
"Mangsa mengaku hampir setiap hari dibelasah suspek, namun enggan berpisah kerana sayang," kata polis. - Reuters