Kebetulan-Kebetulan Yang Berlaku Di Sebalik Gambar @cmlimguaneng - DS N Ghanaraja infomalay12.blogspot.com


Sejak semalam media sosial dikejutkan dengan satu gambar yang disebarkan menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng dilihat bergambar bersama DS N Gnanaraja.

N Ghanaraja adalab seorang ahli perniagaan yang ditahan reman oleh pihak SPRM kerana menerima suapan RM19 juta dari pihak-pihak tertentu kononnya untuk menutup siasatan terhadap skandal Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang.

Kita seharusnya tidak mempolitikkan gambar di atas. Ini semua kebetulan sahaja. Lihat hujah saya di bawah:

1. Adalah secara kebetulan gambar yang diambil antara Joseph Lim Guan Eng dan N Gnanaraja di rumah N Gnanaraja dan bukan di majlis-majlis rasmi.  Bukankah Joseph Lim Guan Eng seorang yang mesra Rakyat dan suka menziarah rumah penduduk Pulau Pinang?

2. Adalah kebetulan antara jutaan rumah penduduk Pulau Pinang, rumah N Gnanaraja yang menjadi pilihan Ketua Menteri Pulau Pinang. Tiada yang pelik bergambar mesra di rumah Rakyat Pulau Pinang. Ini secara kebetulan dan tidak perlu tanya apa yang mereka bincangkan.

3. Bukankah satu kebetulan kalau seorang Ketua Menteri bersusah payah datang ke rumah seorang yang tidak dikenalinya dan membuka kasut?


Kenapa susah nak faham ini semua berlaku secara kebetulan?

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :