Indonesia hari ini lebih bermaruah dan ke depan berbanding Malaysia infomalay12.blogspot.com


Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, tidak berapa lama dahulu Indonesia adalah negara lebih miskin dan tinggi rasuahnya berbanding Malaysia tetapi hari ini situasinya telah jauh berbeza.
Negara itu katanya kini lebih bermaruah, mempunyai akauntabiliti yang tinggi serta semakin ke depan dari sudut ekonomi.
Dalam isu 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) maruah Malaysia makin hari makin tercabar setelah dimalukan oleh berbagai negara asing.
Indonesia hari ini lebih bermaruah dan ke depan berbanding Malaysia“Amerika Syarikat, Switzerland, Abu Dhabi serta Singapura telah merampas harta hasil haram berpunca dari penipuan 1MDB.
“Terkini jiran serumpun kita Indonesia pula merampas kapal mewah dipercayai milik Jho Low di Bali kerana dipercayai dibeli dari sumber duit haram 1MDB.
“Dua jiran terdekat kita Singapura dan Indonesia telah bertindak berkaitan wang yang dicuri melalui IMDB tetapi kerajaan Malaysia sendiri masih membisu seribu bahasa,” kata beliau dalam kenyataannya semalam.
Kata Raja Bahrin, tidak berapa lama dahulu Indonesia adalah negara lebih miskin dan tinggi rasuahnya berbanding Malaysia. Hari ini situasinya telah jauh berbeza.
Hari ini ekonomi Indonesia antara 10 terbaik di dunia dan rasuah telah banyak dibendung serta banyak berkurangan, katanya.
“Apa lagi yang Indonesia jauh lebih baik daripada kita?
“Baru baru ini Menteri Kewangan Indonesia, seorang wanita, mengharumkan nama negaranya apabila terpilih sebagai Menteri Kewangan terbaik dunia.
“Sementara itu Menteri Kewangan Malaysia Datuk Seri Najib Razak serta ahli keluarganya terpalit dengan skandal kleptokrasi terbesar dunia yang memalukan negara kita,” ujar Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu itu.
Tambahnya, baru-baru ini kerajaan Malaysia telah membenarkan beberapa ahli Kerajaan Yahudi Israel termasuk bekas Menteri Israel memasuki dan tinggal di negara kita secara senyap-senyap selama satu minggu untuk menghadiri konvensyen di Kuala Lumpur.
“Pegawai tersebut juga mendedahkan melalui media Israel bahawa secara diam-diam perdagangan antara Israel dan Malaysia terus meningkat berjumlah RM6 billion.
“Di manakah semangat menentang Israel selama ini kerana kekejamannya terhadap orang Islam Palestin yang dibunuh dan diusir dari tanah air mereka?” soal beliau.
Baru-baru ini apabila pesawat udara Presiden Israel mahu melalui ruang udara Indonesia dalam penerbangan dari Israel ke Australia, kerajaan Indonesia tidak membenarkannya, jelas beliau.
Katanya, begitu tegas pendirian Indonesia terhadap negara Israel yang amat membanggakan.
“Malaysia kini telah menjadi negara tanpa pendirian dan maruah. Prinsip pembelaan Islam digadai dan nilai moral dinodai melalui rasuah yang berleluasa di negara kita.
“Jiran kita Singapura menangkap persalah dari bank di sana yang mencuri wang melalui 1MDB.
“Indonesia pula merampas kapal mewah Jho Low hasil wang haram 1MDB, tetapi Kerajaan Malaysia menyatakan tiada wang dicuri atau hilang dari Malaysia. Alangkah memalukan,” tambah Raja Bahrin.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: