Beliau sanggup memperalatkan dan menghasut kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa demi politik sempit beliau dan parti chauvinis DAP.
Penulis sendiri berasa amat malu bila melihat Guan Eng terkinja-kinja berasa suka hati di depan kanak-kanak sambil menayangkan video propaganda politik murahan. Apakah Guan Eng DAP tidak berasa malu dan bersalah walau pun setitik pun?
Walau pun taktik murahan lagi memalukan ini telah dikutuk dan dikritik hebat oleh ramai pihak termasuk ibu bapa dan ahli-ahli akademik, Lim Guan Eng masih berdiam diri.
Sumber : https://youtu.be/pLkjRJMQp0s
Sikap ini sangat memualkan dan amat tidak bertanggungjawab yang datang daripada seorang individu berjawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Inikah sikap ahli politik yang masih mahu dipilih oleh ahli-ahli DAP dan rakyat Pulau Pinang?
Sunguh mengaibkan dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana tindakan tidak bertanggungjawab ini mungkin akan ditiru oleh pihak-pihak lain. Yang menjadi mangsa ialah kanak-kanak yang tidak bersalah. Shame on you .... Lim Guan Eng DAP!
Lim Guan Eng perlu minta maaf!
Sumber
https://www.facebook.com/cmlimguaneng/videos/2004521696244588/