Di Saat Tun @chedetofficial Membebel Di @SinarOnline, DS @NajibRazak Menunaikan Janji Manis Tun Di Kiulu, Sabah infomalay12.blogspot.com


Gegak gempita penyokong-penyokong ProTun apabila Tun Dr Mahathir hadir ke forum bertajuk, 'Adakah Tun M terlalu Tua untuk jadi PM?' Kononnya, beliau hadir untuk menjawab sendiri bahawa beliau masih mampu menjadi Perdana Menteri walaupun sudah berusia 93 tahun. Ye lah Tun. Kami tahu Tun muda, sihat dan kuat. Tidak perlu bergaduh. Cukuplah sekiranya Tun memuat naik video beliau berlari di atas treadmill selama 10 minit untuk membuktikannya.

Pada hari yang sama, sewaktu Tun Dr Mahathir sedang membebel di Kompleks Kumpulan Media Karagkraf, Shah Alam, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak sedang berada di Kiulu, Sabah menyelesaikan janji Tun Dr Mahathir berdekad yang lalu.

Jalan Telipok-Kiulu-Randagong yang dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Ke 7 (RMK7) pada tahun 1986-1990, hanya dilaksanakan oleh selepas DS Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Kini jalan tersebut sudah 65% siap, 20% lebih awal siap dari jadual sebenar.

DS Najib Tun Razak juga menjadi Perdana Menteri pertama sampai di Kiulu. Tun Dr Mahathir boleh berbangga muda dan kuat dan boleh terus menjulang ego beliau, hakikatnya negara ini sedang dimodenkan oleh Perdana Menteri kini, DS Najib Tun Razak dari Sabah hingga ke Perlis.


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :