Sebuah kereta Perodua Kancil telah dibakar pagi tadi di Jalan Seroja 1B, Taman Seroja, Bukit Sentosa.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi dipercayai akibat pertelingkahan pasangan suami isteri kerana kereta itu mempunyai banyak masalah teknikal termasuk tiada penghawa dingin.
Penduduk setempat menyedari kebakaran terbabit apabila melihat kepulan asap tebal keluar dari tepi kediaman pasangan itu lalu menghubungi pihak bomba.
Menurut salah seorang penduduk, pasangan suami isteri itu sudah bergaduh sejak tiga hari lalu.
Pasangan itu bergaduh kerana mereka menghadapi kesulitan untuk pergi kemana-mana termasuk menghantar anak ke sekolah.
Si isteri bertindak memecahkan cermin kenderaan tersebut pada hari semalam dan hari ini kereta tersebut di bakar pula.
Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi kejadian dengan sebuah jentera bersama tujuh anggota selepas menerima panggilan mengenai kejadian terbabit pada jam 11.38.
Kereta tersebut musnah 100 peratus dan dipercayai punca kebakaran adalah disebabkan pergaduhan suami isteri. Sumber:Berita Harian Online, Editor:Anna



Related Posts :
[Video Daim tampil di ceramah Azmin & Inilah manusia paling ditakuti Najib] Menang Saman RM90 juta, siapa 'berbohong? "Setakat ini, Hadi belum menang apa-apa"! Perbicaraan penuh kes saman Sarawak Report April tahun 2019. infomalay12.blogspot.comSelasa, 1 Mei 2018
Perbicaraan penuh kes saman Sarawak Report April tahun depan
Saman Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap… Read More...
[Video Terkini! Zahid Mat Arip, Ezam Mohd Nor di Pekan & Rara-'Ini orang 'tarak' guna lagi'] Bertaubatlah Ayoh Chik, pesan Miqdad & Zam pula mimpi Nik Aziz hilang dua kaki. infomalay12.blogspot.comSelasa, 1 Mei 2018
Bertaubatlah Ayoh Chik, pesan Miqdad
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang disarankan oleh anak saudaranya sendir… Read More...
[Video MB N9, Den pun malu lah, malulah datuk! Jangan jadi tupai] Rantau & Tampin, ketidakadilan ini akan dihakimi oleh rakyat hari pilihanraya nanti! infomalay12.blogspot.comSelasa, 1 Mei 2018
Pakatan Harapan
Suka Halaman Ini · Semalam ·
Pakatan Harapan akan tentang habi… Read More...
Ibrahim Ali, calon bebas simbol cawan 'serang' Nik Abduh] infomalay12.blogspot.comSelasa, 1 Mei 2018
… Read More...
Ceramah Wan Azizah Terganggu & Isu Mata Lebam. infomalay12.blogspot.comApakah Wan Azizah beranggapan rakyat begitu bodoh dan pelupa seperti Mahathir Mohamad?
Inilah persoalannya apabila membaca laporan portal… Read More...