Zaman Kleptokrasi: Bercuti di luar negara tanda ekonomi baik? infomalay12.blogspot.com

SAYA terpanggil untuk membuat komen mengenai perkara ini kerana saya dapati naratif pihak kerajaan di dalam perkara ini, dengan hormat yang terlebih dahulu, amat dangkal.
Apabila dinyatakan ramai orang Malaysia yang merungut tentang kesempitan hidup, kos sara hidup yang semakin memuncak dan pengangguran yang semakin meruncing, jawapan pihak kerajaan, antara lainnya ialah seperti berikut:
a. Eh, kalau ekonomi tak baik, bagaimana pula ramai rakyat Malaysia yang bercuti dan berbelanja di luar negara?
b. Indeks konsumer kita tinggi. Itu bermaksud ramai orang berbelanja besar. Jadi, ekonomi kita baguslah.
c. Ada pula seorang yang terkenal memuatnaik carta jualan kereta Honda di Malaysia untuk menunjukkan banyak sekali kereta Honda yang dibeli tahun lalu. Jadi implikasinya ialah ekonomi kita baik.
Alangkah mudahnya kalau konklusi makro ekonomi kita dapat dirumuskan dengan begitu mudah dan sebegitu alpa dan bersahaja.
Apakah mereka ini semua tidak sedar apa sebenarnya yang dirungutkan oleh masyarakat dan siapa sebenarnya merungut?
Rakyat bukan merungut tak boleh pergi Paris dan shopping di New York.
Rakyat juga tak pernah merungut mereka tidak boleh shopping di Pavilion atau Suria KLCC.
Rakyat juga tak pernah merungut mereka tak boleh beli Honda City atau Civic.
Sebenarnya rakyat merungut mereka tak mampu untuk beli tepung, petrol, roti canai, nasi lemak, baju dan seluar bundle, kasut Adidas tiruan, hot dog di tepi jalan.
Mereka merungut tak larat bayar bil elektrik.
Mereka merungut tidak ada duit hendak menghantar anak-anak ke pusat tuisyen. Malah nak beli pakaian seragam sekolah pun mereka bermasalah.
Rakyat yang merungut mengenai perkara di atas bukan berniat pun hendak ke Singapura atau Thailand. Apa lagi ke London sambil hisap curut sebatang RM165 dan "berwefie" di tepi jalan di Bayswater atau di pinggir Harrods.
Malah ada di antara mereka yang tidak pernahpun datang ke Kuala Lumpur.
Saya lihat sekarang ini, taraf perekonomian masyarakat kita seperti berkasta.
Dari segi pemerhatian mata kasar, kasta-kastanya boleh dilihat daripada kereta yang ahlinya memandu atau dipandu di dalamnya, yakni, secara umumnya seperti berikut (dari yang teratas sehingga terbawah:
A. Kasta Lamboghini, Ferrari dan Bentley.
B. Kasta Mercedes S Class dan BMW 7 series.
C. Kasta Mercedes E class dan BMW 5 series.
D. Kasta Honda Accord dan Proton Perdana.
E. Kasta Toyota Vios dan Honda City.
F.  Kasta Proton Saga, Kancil dan kereta tua.
G. Kasta kapchai.
H. Terletak di antara kasta D-G, kasta LRT dan MRT.
Kasta Lamboghini, Ferrari dan Bentley ini terlampau jauh meninggalkan kasta-kasta lain dari segi kebolehan berbelanja.
Mereka inilah yang ke luar negara naik kelas pertama atau busniness class (malah ada yang naik private jet), yang hisap cerut masuk Instagram di Bayswater dan membeli-belah di Harrods London atau La Fayette Paris dan sebagainya.
Anak-anak mereka di luar negera. Malah, ada yang pergi ke pejabat naik helikopter. Hadir acara alumni pun dengan helikopter.
Kasta B pun tak boleh kejar kasta A ini.
Kasta B pun ke luar negara juga. Tapi tidaklah sehebat kasta A.
Anak-anak kasta ini mungkin bersekolah di international school dan private colleges sebelum ke luar negara.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: