[Video "Saya tak curi duit," jawab Dr M] Hadi digesa tarik semula kenyataan mengenai sistem kasta dalam Kristian. infomalay12.blogspot.com

Selasa, 6 Februari 2018

Hadi digesa tarik semula kenyataan mengenai sistem kasta dalam Kristian

Hadi digesa tarik semula kenyataan mengenai sistem kasta dalam Kristian
Program keharmonian antara agama yang diadakan di Gereja St George, Pulau Pinang pada Jun tahun lepas. Majlis Gereja Malaysia menuntut agar Presiden PAS Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataannya yang ia mengamalkan sistem kasta. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Februari, 2018.

MAJLIS Gereja Malaysia (CCM) hari ini menuntut agar Presiden PAS Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataannya yang sistem kasta itu diamalkan dalam Kristian, mengatakan ia adalah "gambaran yang salah".
Hadi dilaporkan mengatakan Islam menghapuskan sistem kasta kerana para ulamanya tidak dianggap suci, sementara agama lain, seperti Hindu dan Kristian, masih mempunyai sistem yang menganggap pastor sebagai tokoh suci.
"Kami menyeru presiden PAS menarik balik perbandingan lemah yang dibuatnya, yang tidak berasas dan keterlaluan.
"Sekiranya tidak disekat, ia akan menyakiti perasaan orang Kristian dan menghalang (pembentukan) hubungan harmoni antara agama di negara ini," kata Setiausaha Agung CCM Dr Hermen Shastri dalam satu kenyataan.
Presiden PAS itu berkata demikian semasa menafikan dakwaan penganalisis politik yang cadangan dua Kabinet pada dasarnya adalah sistem kasta agama.
Lidah rasmi parti Islam itu, Harakahdaily, melaporkan Hadi membuat kenyataan itu kerana menafikan beliau pernah mencadangkan struktur dua Kabinet sekiranya PAS berkuasa.
Hadi berkata Islam menentang pendapat yang para ulama agama adalah pemimpin mutlak.
"Islam juga menentang diktator, dan Islam memantau demokrasi. Demokrasi adalah hak rakyat, dan rakyat tidak seharusnya terpengaruh.
"Jika majoriti orang yang tidak tahu terpengaruh, maka demokrasi hilang, Islam mengawal demokrasi."
Hermen berkata kenyataan Hadi yang Kristian adalah agama mempraktikkan sistem kasta adalah "gambaran yang salah".
Beliau berkata sistem kasta tidak bersifat integral terhadap doktrin dan amalan Kristian, dan pastor tidak dianggap "suci" dan tidak boleh ditegur, walaupun mereka dipanggil untuk "melaksanakan tugas suci bagi pihak penganutnya dan menjalani hidup yang suci". – 6 Februari, 2018.
The Malaysian Insight.

Subscribe to receive free email updates: