Oleh itu, jelas bahawa Kerajaan Persekutuan telah pun mengakui bahawa laporan Bank Dunia itu benar dan aset-aset negara telah dijual dan digadai..
DPMM Ingatkan Kerajaan Mengenai Tanggungjawabnya Berikutan Penjualan Aset Milik 1MDB Kepada Syarikat China.
Tak ada KWSP, Perkeso, UMNO abai kebajikan anggota RELA
Naib Pengerusi Biro Buruh DAP, Amran Ahmad Nor mendakwa kerajaan UMNO mengabaikan kebajikan lebih tiga juta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Menurutnya, anggota RELA tidak menerima caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta pencen.
“Sedangkan, semua sedia maklum bahawa anggota RELA terlibat dalam tanggungjawab bagi memastikan keselamatan negara dan berdepan suasana kerja yang cukup berisiko tinggi untuk mendapat kemalangan atau sebarang bentuk kecelakaan.
“Kita juga sering melihat anggota RELA menjaga lalu lintas di jalan raya yang sibuk,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, beliau menggesa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar dengan segera memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.
“Semua sedia maklum, bermula 28 Ogos 2013, RELA telah dinaiktaraf menjadi sebuah Jabatan Persekutuan seperti yang diumumkan oleh Zahid Hamidi,” ujarnya.
Amran dalam pada itu turut membangkitkan mengenai bantuan alternatif kepada anggota RELA jika mereka ditimpa kemalangan memandangkan mereka tidak mencarum dengan KWSP dan Perkeso.
“Sekiranya mereka ini terlibat dalam kemalangan semasa sedang bekerja, apakah bentuk perlindungan atau pampasan yang boleh didapati setelah tidak diberikan perlindungan menerusi caruman KWSP dan Perkeso.
“Apa pula yang dilakukan oleh KWSP dan Perkeso dalam hal kebajikan para anggota RELA dalam melindungi mereka jika terlibat dalam sebarang bentuk kemalangan atau kecelakaan semasa bekerja,” soalnya. – Roketkini.com