Terdapat bukti penipuan, Anwar mohon batalkan sabitan liwat infomalay12.blogspot.com

ANWAR Ibrahim hari ini memohon sabitan kesalahan liwatnya dibatalkan susulan wujudnya bukti pendakwaraya kes itu, Muhammad Shafee Abdullah menerima sogokan.
“Kami sudah berfikir lanjut. Kami dapati terdapat kes menarik untuk diperdengarkan dan ianya bukan memihak kepada saya. Kita tidak patut menolaknya,” kata Anwar kepada Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad.
Anwar berkata, ada keperluan untuk “pastikan sama ada terdapat kes penipuan dalam mendapatkan fakta dan bukti."
“Sekurangnya, benarkan kami untuk membangkitkan kes ini, untuk melihat kes… Keperluan itu perlu apabila pendakwa (didakwa) menerima sejumlah wang yang banyak. Menafikan (hak) kami bermaksud menafikan keadilan,” katanya.
Sarawak Report mengatakan wang sejumlah RM9.5 juta itu datang daripada akaun bank yang sama menyimpan wang anak syarikat 1MDB, SRC International yang meminjam sejumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).
Shafee, peguam yang sudah lanjut usia, kemudiannya mengadakan siri jelajah menerangkan mengenai salah laku liwat Anwar itu.
Anwar berkata demikian berhubung permohonan yang masih tergantung di Mahkamah Rayuan setelah ianya ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada November lalu.
Permohonan itu bertujuan untuk mendedahkan transaksi akaun bank Shafee selain mengetepikan tuduhan terhadap Anwar.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar permohonan kerajaan untuk mengadakan perbicaraan berasingan yang difailkan Anwar pada April bagi mengetepikan tuduhan slah laku liwat atas alasan yang terdapat penipuan dalam pembuktian.
Pejabat Peguam Negara juga telah memfailkan permohonan untuk membatalkan writ saman.
Dalam permohonannya itu, Anwar berkata, kerajaan yang merupakan pendakwa utama dalam saman sivil itu sedar yang si penuduh, yakni Saiful Bukhari bukanlah seorang saksi yang boleh dipercayai, malah Saiful telah memberikan bukti yang salah dalam perbicaraan salah laku liwat kedua Anwar ini.
Anwar berkata yang sabitan itu diperoleh melalui keterangan palsu atau “perjured” selain kenyataan yang Saiful memberikan bukti “perjured” yang kerajaan sendiri tahu ianya palsu.
Anwar berkata, bukti palsu dalam bentuk sampel DNA telah diubah suai dan digunakan untuk menyokong tuduhan Saiful, yang mana membawa kepada sabitan terhadap Anwar.
“Saya agak terganggu dengan penghujahan awak,” kata Nik Hasmat kepada peguam Anwar, N. Surendran.
“Sama ada penipuan berlaku, kes itu hanyalah sampingan. Ianya serius. Pada dasarnya, awak mencabar proses penghakiman.
“Fokus utama adalah nampaknya adlaah proses penghakiman dan pengadilan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, tapi kamu masih mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi (yang membebaskan Anwar). Ia macam selektif… dan ianya (kes liwat) telah pun melalui keseluruhan mod.
“Dan saya tak mahu cakap lebih sebab saya tak mahu disalah faham,” kata Nik Hasmat.
Dalam hujahnya hari ini, peguam kerajaan Awang Armadajaya Awang Mahmud berkata Anwar sepatutnya menamakan Peguam Negara yang juga pendakwa raya, bukannya menamakan kerajaan.
Katanya, Perkara 145 (3) menyatakan yang Peguam Negara, bertindak sebagai pendakwa raya awam mempunyai budi bicara untuk memulakan prosiding jenayah di mahkamah sivil.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: