[TEMERLOH] 'SEMUA TMG ADA RUANG KR1M' infomalay12.blogspot.com


‘Semua TMG ada ruang KR1M’



Tunas Manja Group sehingga kini mempunyai 42 premis Tunas Manja Group (TMG) Express yang mana separuh daripada jumlah itu adalah premis yang menempatkan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) 2.0.

Pengarah Urusannya, Datuk Chin Yoke Kan berkata, kolaborasi bersama kerajaan itu dilaksanakan sebagai tanggungjawab terhadap masyarakat.

Menurutnya, antara barangan yang dijual di bawah harga pasaran biasa ialah minyak masak, beras, tepung dan gula.

“Kami juga tawarkan barangan keperluan lain sebanyak 50 jenis yang dibekalkan pada harga yang lebih murah daripada pasaraya biasa.

“Kerajaan tidak beri subsidi kepada kami, tetapi kerajaan bersama wakil TMG berbincang dengan pengeluar untuk mendapatkan harga yang terbaik dan menang-menang kepada semua pihak terlibat.

“Perbincangan dilakukan bagi memastikan rakyat menerima manfaat yang terbaik dan berbelanja dengan berhemah di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu

“Kita akan memastikan semua TMG mempunyai ruang KR1M dan ia dilaksanakan secara berperingkat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pelancaran Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak di sini, kelmarin.

Hadir sama Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato' Sri Hamzah Zainuddin; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob serta Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin.

Dalam pada itu, syarikat itu juga akan melabur sebanyak RM35 juta bagi membuka 60 lagi premis di seluruh negara tahun ini. Beliau berkata, kesemua premis baharu itu akan diwujudkan secara berperingkat sehingga akhir tahun ini.

Katanya, TMG Ekspress akan dibina di pelbagai kawasan termasuk di bandar kecil bagi memudahkan masyarakat di kawasan berkenaan mendapatkan barangan keperluan pada harga rendah.


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :