Tak perlu lagi bangkit masalah agihan kerusi, kata Azmin infomalay12.blogspot.com

Pengerusi PKR Selangor memberi jaminan isu pengagihan kerusi DUN di Selangor akan diselesaikan dalam masa terdekat.
Azmin dipakaikan kalungan bunga oleh Exco Ganabatirau Veraman sempena sambutan perayaan hari Ponggal.
PUCHONG: Pengerusi PKR Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata masalah agihan kerusi DUN Selangor tidak perlu dibangkitkan lagi kerana ia akan diselesaikan sesegera mungkin.
Beliau juga memberi jaminan kepada penyokong Pakatan Harapan bahawa perkara itu akan diselesaikan dalam semangat kekeluargaan.
“Saya yakin perkara ini boleh selesai dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Sambutan Perayaan Hari Ponggal 2018 peringkat Selangor hari ini.
Di acara malam ini, Azmin berkongsi pentas dengan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo dari DAP, Exco Ganabatirau Veraman dan Adun Kinrara Ng Sze Han.
Rundingan pengagihan kerusi DUN Selangor sepatutnya dimuktamadkan 31 Januari lalu terpaksa dilanjutkan untuk seminggu lagi berikutan pertikaian antara parti komponen.
Kemelut di Selangor mendapat teguran daripada Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata pertelingkahan terbuka antara parti komponen gabungan itu di Selangor mengundang publisiti buruk dan meminta semua pihak bertelingkah berhenti menyerang sesama sendiri.
Beliau mengingatkan pertelingkahan terbuka sesama mereka hanya melemahkan keyakinan pengundi pada gabungan parti pemerintah di Selangor.
“Nasihat baik yang akan kita patuhi, yang penting sebarang permasalahan ini diselesaikan dalam semangat kekeluargaan,” kata Azmin.
Perkelahian antara parti komponen PH tercetus selepas Amanah dan DAP negeri berkata mereka tidak tahu tentang mesyuarat pengagihan kerusi DUN di Selangor seperti yang didakwa oleh Pengerusi PKR Selangor Datuk Seri Azmin Ali.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :