Skandal RM1.18 Bilion Ringgit Semakin Menghantui Pakatan Harapan. infomalay12.blogspot.com

Skandal bilion ringgit wang rakyat semakin menghantui kerajaan Pakatan Harapan.

Bukti-buktinya sangat jelas manakala kepimpinan negeri cuba untuk zip mulut.


Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan yang sebelum ini begitu lantang bersuara tentang korupsi dan salah guna kuasa senyap mendiamkan diri seolah-olah tidak Nampak skandal yang mengoncang kerajaan PKR negeri.

Yang kita perlu tahu:

Tahun 1998
Kerajaan BN memberikan tanah di mukim Ijok secara percuma kepada peneroka.

Tahun 2001
Peneroka menyerahkan tanah kepada syarikat swasta yang dikaitkan dengan seorang penyokong tegar Pakatan Harapan dengan janji pampasan tunai RM180,000 dan sebuah rumah.
Bagaimanapun projek itu terbengkalai. Bukan itu sahaja, syarikat-syarikat itu turut mencagarkan tanah tersebut kepada institusi kewangan untuk mendapat pinjaman.

Tahun 2009
Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri Selangor merampas semula tanah tersebut. Tanah diambil alih kerana syarikat-syarikat itu telah melanggar syarat-syarat di bawah Kanun Tanah Negara:
a. Syarikat tidak membayar premium tanah. 
b. Syarikat tidak menukar syarat tanah pertanian kepada tanah perumahan. 
c. Syarikat tidak membayar premium tukar syarat tanah.

22 Oktober 2013
Mahkamah Tinggi berpihak kepada kerajaan negeri dan Abdul Khalid dalam kes saman Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd untuk mendapatkan balik tanah itu.

17 Februari 2014
Mahkamah Rayuan berpihak kepada kerajaan Selangor dan Menteri Besar Selangor.
Walau pun 2 kali kalah, mereka bawa kes ke Mahkamah Persekutuan [Rayuan Sivil No. 01(i)-14-04/2014(W)]

22 September 2015
Mujur Zaman dan LBCN Development dan beberapa buah syarikat berkaitan telah membuat perjanjian dengan sebuah syarikat awam untuk menjual 2,198.4 ekar tanah berkenaan dengan harga RM1,181,335,536.65

17 Mei 2016
Sebelum sempat keputusan Mahkamah Persekutuan, Azmin Ali telah menfailkan satu perjanjian penyelesaian kepada Mahkamah Persekutuan bahawa Kerajaan Negeri Selangor dan syarikat-syarikat itu telah bersetuju untuk membatalkan kes tersebut.
Azmin Ali menyerahkan kembali tanah-tanah itu kepada syarikat tersebut.
Walau pun merupakan salah satu daripada pihak dalam kes tersebut, TS Khalid Ibrahim dan peguamcaranya tidak pernah hadir atau diajak hadir ke sebarang perbincangan untuk penyelesaian tersebut.
Mohamed Azmin Ali sebelum ini dilaporkan mengumumkan pembayaran pampasan kepada kesemua 980 peneroka sebanyak tunai RM180,000 seorang dan sebuah rumah bernilai RM250,000, melibatkan nilai keseluruhan RM421.4 juta.

Yang dipersoalkan ialah:
1. Tindakan kerajaan PKR Selangor 'akur' dengan menyerahkan tanah kepada syarikat pemaju walau pun sudah menang 2 kali dalam mahkamah dan masih berjalan di Mahkamah Persekutuan.
2. Nilai tanah bernilai RM1.18 bilion tetapi nilai keseluruhan pampasan ialah RM421.4 juta. Apa jadi dengan baki RM800 juta?
3. Pihak peneroka juga mempertikaikan jenis rumah yang bakal mereka terima. Mereka dijanjikan rumah jenis semi D tetapi difahamkan akan menerima rumah bersaiz lebih kecil. Mereka juga patut menerima wang tunai yang lebih tinggi kerana nilai tanah ketika ini yang lebih tinggi berbanding dengan kira-kira 18 tahun lalu. Apa sudah jadi?
Apakah wujud korupsi, salah guna kuasa dan mengkayakan kroni seperti yang berlaku dalam kerajaan DAP negeri?


Sumber

http://disclosure.bursamalaysia.com/FileAccess/apbursaweb/download?id=68617&name=EA_GA_ATTACHMENTS
http://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/02/14/kenapa-serah-tanah-peneroka-kepada-syarikat-khairuddin/
http://www.malaysia-today.net/2018/02/15/sidang-media-bnsc-mengenai-isu-tanah-ijok-selangor/
http://m.utusan.com.my/rencana/utama/azmin-tersandung-tanah-di-ijok-1.611431
https://aidcnews.wordpress.com/2018/02/19/skandal-tanah-ijok-wang-rm756-juta-masuk-poket-siapa-chegubard/


Subscribe to receive free email updates: