Samseng Umno: Masuk kampung ada adabnya, sembang Shahrir infomalay12.blogspot.com

Ketua Umno bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad hanya mempunyai satu kata nasihat kepada mereka yang merancang untuk melawat ke kawasannya.
"Kalau masuk kampung, ada adabnya," kata Shahrir kepada Malaysiakini.
Anggota Parlimen Johor Bahru itu diminta mengulas ceramah Pakatan Harapan (HARAPAN) di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru malam tadi yang terpaksa dibatalkan selepas menerima gangguan penduduk setempat.
ADUN Stulang Andew Chen Kah Eng mendakwa gangguan itu berpunca daripada anggota Umno dan BN.

Namun, Shahrir belum mengesahkan sama ada ia disebabkan oleh ahli-ahli Umno atau sebaliknya. Anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, yang turut hadir pada majlis malam tadi, menggesa Shahrir menyatakan pendiriannya berhubung gangguan terhadap program berkenaan.
"Inilah sebabnya mengapa reaksi pertama saya malam tadi adalah meminta anggota parlimen yang lama di kawasan itu, Shahrir Samad, yang telah menjadi anggota parlimen Johor Bahru selama enam penggal sejak tahun 1978, memberikan penjelasan kerana saya tidak dapat membayangkan bahawa Shahrir boleh menjadi dalang atau mempamerkan wajah yang tidak demokratik.
"Saya selalu mengenali Shahrir sebagai salah seorang pemimpin Umno yang komited terhadap prinsip dan amalan demokrasi berparlimen," kata Lim.
Dalam kejadian malam tadi, beberapa penduduk menjerit marah ketika Chen bercakap dalam sidang akhbar yang disiarkan menerusi Facebook di sebuah warung di Kampung Bakar Batu.
Setiausaha HARAPAN Johor, Datuk Osman Sapian mendakwa beliau menghadapi gangguan yang sama oleh pemuda yang memakai tshirt biru sebelum ini, yang didakwanya sebagai anggota Umno dan BN.
Dalam satu kenyataan selepas itu, Chen berkata pemilik warung turut diugut dan diberikan tekanan politik oleh parti itu kerana membenarkan penganjuran program di premis mereka.
Kenyataan bersama daripada pengerusi HARAPAN Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengerusi BERSATU Johor, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh; Pengerusi AMANAH Johor Aminolhuda Hassan; Pengerusi PKR Johor Hassan Karim dan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong turut menuntut Shahrir memohon maaf.
Kenyataan itu menyebut daripada lambang dan tulisan tertera pada tshirt mereka, pemuda-pemuda tersebut dipercayai dari Umno dan BN.
Pemimpin HARAPAN mendakwa tindakan 'ala samseng' itu tidak akan dilakukan tanpa restu daripada parti pemerintah itu.

Subscribe to receive free email updates: