RAKYAT KENA BERSANGKA BAIK ATAU NAJIB PERLU "BERPERANGAI BAIK"? infomalay12.blogspot.com

Kata seorang ulama muda UMNO, Fathul Bari Mat Jahaya, semua pihak harus bersangka baik kepada Najib Razak berhubung lawatan ke Makam Rasulullah di Madinah, baru-baru ini.

“Isu ini sangat kecil dan tak perlu diperbesarkan. Ia hanya tertumpu kepada penggunaan perkataan yang boleh diberikan tafsiran yang pelbagai.

“Kesilapan manusiawi adalah satu hal normal. Moga Allah mengampuni kita semua,” kata Fathul Bari yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Justeru, tambah beliau, dalam soal ini, semua pihak perlu bersangka baik dan tidak perlu mengeluarkan kata-kata kesat kepada Najib.

Sebetulnya dalam isu ini bukan soal bersangka baik atau tidak, tetapi kesalahan awal berpunca daripada Najib sendiri yang tidak “berperangai baik” sekembalinya daripada melakukan umrah dan menziarahi Makam Rasulullah di Madinah.
Seharusnya beliau hanya menjadikan amalan umrah dan kunjungan ke Makam Rasulullah itu sebagai salah satu ibadah peribadi dan tanda kehambaannya  sebagai seorang umat Islam kepada Allah.

Siapa pun kita, baik orang biasa atau Perdana Menteri, di sisi Allah, semua kita adalah sama dan kelebihan hanya kepada mereka yang lebih bertawqa saja.

Untuk itu, Najib tidak harus menjadikan ibadah umrah dan kunjungannya ke Makam Rasulullah sebagai modal politik dan untuk  berbangga-bangga dengan menyebutnya dalam ucapan terbuka seolah-olah beliau seorang yang sangat istimewa.

Isu ini hanya menjadi isu besar kerana kesilapan Najib sendiri. Beliau gagal "berperangai baik".

Beliau nampaknya begitu terdesak untuk meraih sokongan sehingga kunjungan ke Mekah dan Madinah pun mahu dijadikan modal untuk menang pilihanraya dan mendapatkan undi.

Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi misalnya, mereka juga beberapa kali menunaikan umrah dan ke Madinah, tetapi tidak pernah sekali pun mereka menjaja pemergian itu dalam ucapan kepada umum, apalagi untuk tujuan meraih undi serta sokongan.

Tidak ada masalah bagi rakyat untuk bersangka baik jika Najib seotang yang "berperangai baik"  juga.

Tetapi, terlalu bersangka baik atau bersangka baik dalam semua perkara pun tidak begitu baik dan boleh menimbulkan masalah lain pula.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: