Rakyat ada wang, data sangkal kenyataan bos Mydin, sembang Rahman infomalay12.blogspot.com


Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menepis kenyataan Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin yang mengatakan rakyat tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan walaupun pertumbuhan ekonomi Malaysia kukuh.
Rahman-Dahlan-Ameer-Ali2Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata bos rangkaian pasaraya itu mempunyai anggapan yang tidak betul kerana data menunjukkan pertumbuhan ekonomi negara menaikkan pendapatan dan kuasa membeli rakyat.
“Prestasi ekonomi dan keadaan sesebuah negara, tidak boleh dinilai hanya daripada satu sub-sektor, seperti industri pasaraya besar sahaja.
“Penggunaan swasta terus menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia dengan peratusan sumbangan kepada KDNK sejumlah 53.2%, atau RM589.7 bilion,” kata Rahman dalam kenyataan hari ini.
Beliau merujuk kepada kenyataan Ameer dalam satu temubual radio tentang kerugian yang dialami rangkaian pasaraya itu mengalami kerugian sehingga RM100 juta apabila mengambil bahagian dalam projek kerajaan, KR1M.
“Bagi perbelanjaan domestik, asasnya bagus, tetapi hypermarket dan pasar raya besar yang menguasai 50% pasaran runcit negatif.
“Saya rasa orang ramai tidak mempunyai wang,” kata Ameer.
Rahman berkata mungkin satu penyebab kemerosotan jualan yang dialami pasaraya ialah peningkatan bilangan kedai bukan pengkhususan daripada 66,920 pada 2016 kepada 73,848 tahun lepas.
“Ini merupakan satu faktor mengapa pasaraya besar mengalami kadar jualan yang perlahan, ekoran lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk membeli-belah.
“Berdasarkan data yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Negara (DOSM), jualan di pasaraya besar hanya mewakili 8% daripada keseluruhan perdagangan runcit di Malaysia.
“Atas sebab itu, jualan pasaraya tidak boleh dijadikan sebagai satu-satunya penanda aras prestasi perdagangan runcit, apatah lagi keadaan ekonomi semasa negara dan rakyat,” kata Rahman.
Beliau menambah perdagangan runcit mencatatkan pertumbuhan yang kukuh dari segi nilai dan jumlah.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: