Meskipun dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas didapati bersalah membocorkan data perbankan berhubung akaun National Feedlot Corporation Sdn Bhd, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli masih mampu tersenyum.
Beliau tetap tenang walaupun menyedari hukuman itu bakal melenyapkan peluangnya untuk mempertahankan kerusi parlimen Pandan yang disandangnya.
Bagi Rafizi, peluang akan digunakan untuk berkempen membantu calon Pakatan Harapan (HARAPAN) lain menjelang pilihan raya umum ke-14 akan datang.
"Saya menjangkakan yang saya akan didenda... mungkin saya dan Johari, (didenda) sejumlah RM1 juta, dan jika kami tidak dapat membayar jumlah itu, mungkin kami terpaksa menghabiskan masa dalam penjara.
"Namun akhirnya kami dijatuhkan hukuman penjara, mungkin ada baik dari beberapa segi, dan penangguhan diberikan. Kamu boleh lihat saya tersenyum walaupun berdepan menjalani hukuman penjara dua setengah tahun. "Sekarang saya boleh berkempen untuk calon lain," katanya kepada Malaysiakini selepas perbicaraan hari ini.
Hakim Mahkamah Sesyen Zamri Bakar hari ini memerintahkan Rafizi dan bekas kerani bank Johari Mohamad masing-masing dihukum 30 bulan penjara.
Katanya, pihak pendakwa telah membuktikan mereka melanggar Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) melampaui keraguan munasabah.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, dua sabitannya - satu lagi berkaitan dengan mendedahkan laporan audit 1MDB, yang menyaksikan beliau dijatuhi hukuman penjara 18 bulan - tidak sepatutnya dianggap tindakan jenayah.
Oleh itu, beliau berharap bahawa hukuman dan sabitan itu akan dibatalkan oleh mahkamah lebih tinggi.Sementara itu, Pengarah Strategi AMANAH Dr Dzulkefly Ahmad, yang hadir di mahkamah, berkata hukuman penjara 30 bulan adalah terlalu berat.
"Ini langkah untuk menakut-nakutkan pemberi maklumat yang mahu mendedahkan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan jenayah kolar putih lain.
"Kita tidak boleh mengelakkan persepsi orang ramai terhadap undang-undang negara, kerana ia tidak melindungi rakyat yang baik tetapi melindungi penjenayah.
"Jika usaha untuk mencegah jenayah dianggap sebagai jenayah, maka negara itu dipimpin oleh penjenayah," katanya kepada Malaysiakini.
Turut hadir memberi sokongan adalah beberapa pemimpin PKR termasuk Nurul Izzah Anwar, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Wong Chen dan Nik Nazmi Nik Ahmad.
Bagi Nurul Izzah beliau kecewa bahawa seorang lagi naib presiden PKR dijatuhi hukuman penjara, sambil menambah bahawa sejak pembentukan parti itu, banyak pemimpin dan ahli-ahlinya terus dihumban.